Tindakan Fizo Omar bawa isterinya Fazeera Nazri Azrai menaiki kren meraih perhatian ramai. Kata Fizo, dia ingin melunaskan permintaan isterinya yang teringin untuk menaiki kren tersebut ketika melihat orang sedang membuat kerja.
“Teringin nak merasa naik kren katanya..Ok jom la abe joe bawak..sekali…,” tulisnya di TikTok. Dalam perkongsian tersebut, Fazeera kelihatan sangat takut gara-gara gayat dengan ketinggian sehingga tidak mampu berdiri di dalam kren tersebut. “Saya minta maaf. Tolonglah sayang, saya tak nak dah dekat sini lepaskan saya. Saya nak turun,” kata Fazeera. Sementara itu, Fizo sempat mengusik Fazeera yang dalam ketakutan biarpun sebelum ini isterinya itu pernah menjadi pramugari di sebuah syarikat penerbangan.
“Rupanya stewardess yang dah fly ke merata dunia pun takut ketinggian juga,” katanya. |
Terhibur melihat gelagat pelakon itu mengusik isterinya, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.
ADVERTISEMENT