CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selalu Sangat Ponteng, Qistina Raisah Dah Dibuang Sekolah Seawal Darjah Satu "Belajar Tinggi-Tinggi Pun, Belum Tentu Boleh Berjaya"

13-7-2023 02:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12060| Komen: 226

Gara-gara selalu ponteng,  Qistina Raisah dibuang sekolah seawal usia tujuh tahun iaitu dalam darjah satu.

Katanya dia hanya sempat menghadirkan diri ke sekolah selama 10 hari, sebelum dibuang atas alasan kerap tidak hadir ke sekolah.



Foto: IG

“Saya memang tidak ada pengalaman duduk di kantin sekolah. Sebab saya hanya pernah pergi ke sekolah selama 10 hari sahaja ketika darjah satu.

“Selepas itu saya dibuang sekolah sebab selalu tak datang,” katanya kepada Kosmo! Online.


Kata pelakon yang kini berusia 14 tahun itu, dia banyak kali tidak dapat hadir ke sekolah kerana terlalu sibuk menjalani penggambaran drama dan beberapa program televisyen lain.

“Saya banyak tidak datang sekolah sebab terlalu sibuk dengan penggambaran drama termasuk beberapa program televisyen,” katanya.

Sejak dibuang sekolah ketika berusia tujuh tahun, anak bongsu daripada lima orang adik-beradik itu mula mendapatkan pendidikan di rumah (homeschooling).



“Jadi saya hanya belajar di rumah sejak berusia tujuh tahun lagi sampai sekarang,” jelasnya.

Ketika darjah enam (12 tahun), Qistina pernah cuba sekali lagi untuk mendaftar masuk ke sekolah bagi menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), namun pandemik Covid-19 pula melanda.


“Saya daftar sekali lagi masuk ke sekolah ketika berusia 12 tahun (darjah enam) untuk menduduki (UPSR), tapi PKP (Perintah Kawalan pergerakan) pula.

“Selepas itu saya dapat ‘job’ ke Itali untuk penggambaran bersama Zul Ariffin dan Neelofa. Cikgu pula ingat saya pergi bercuti, kena buang terus (lagi sekali),” katanya.

Selain mempelajari subjek asas, pelakon drama Camelia itu juga mengikuti kelas bahasa seperti bahasa Mandarin dan juga muzik (gitar), selain akan mendaftar kelas menembak pada masa akan datang.


“Cikgu akan datang ke rumah mengikut jadual saya. Satu sesi akan mengambil masa antara empat hingga ke lima jam,” katanya.

Bercakap tentang masa depan dan impian apabila memilih untuk bekerja pada usia muda, Qistina percaya bahawa perjalanan hidup dan rezekinya sudah diatur Allah SWT.


“Saya memang teringin untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara. Tetapi itu impian ketika kecil.

“Apabila sudah semakin dewasa, saya mula sedar bahawa Tuhan sudah menetapkan tanggungjawab (bekerja) saya begini.

“Ada orang sudah belajar tinggi-tinggi pun, belum tentu boleh berjaya. Jadi saya pada usia muda sudah bina karier dan nama dalam bidang seni, jadi saya teruskan sahaja,” ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 13-7-2023 02:46 PM
oh homeschool, mcm aqish jugak.. supposed boleh jadi bff
i tengok dorang ni macam fs vs nd 2.0
Quote Parit.Hilton 13-7-2023 02:46 PM
hmm patut kurang cerdik
Quote dudaberhias 13-7-2023 02:48 PM
patut la menggelenyar macam budak tak sekolah... Sama la dengan si aqish tu...

Harap2 korang berjaya dan berdikari lah ye... Lepas dari tanggungan ibu bapa pun cukup lah... Jangan hujung2 kena jual buku tepi jalan pakej minta nasi kat NGO

Quote che-cikL 13-7-2023 02:49 PM
Dah rupanya macam Wafariena pulak dah.
Quote mamajawie 13-7-2023 02:54 PM
halah3 bodohnya la cikki jr sorang ni..
Quote RoseLuna 13-7-2023 02:57 PM
Dik non…





Quote Prickford 13-7-2023 03:01 PM
"Ada orang sudah belajar tinggi-tinggi pun, belum tentu boleh berjaya".

Kau kalau cakap gini depan aku, memang makan pelempang la jawapnya!


Quote helicornia 13-7-2023 03:08 PM
Bahaya statement dia ni klu budak2 lain baca.btw klu ikut kpm punya peraturan kena daftar utk homeschool ni.pastu ditetapkan sapa bole mengajar.Cuba tanya kpm ada tk retis2 yg so called home schooled ni buat permohonan?
Quote Binodino 13-7-2023 03:08 PM
Kisah budak ni lagi

So apa pencapaian kau sepanjang jadi anak seni sampai korbankan zaman persekolahan kau? Dah ada award?
Quote ekselen 13-7-2023 03:09 PM
Mungkin sheols ckp mcm tu sbb dh pegang duit byk masa muda... Lom tau lg dik, perjalanan hidup tu masih jauh lg...
Quote MilanAdelynn 13-7-2023 03:09 PM
Mak bapak dia toxic. Bg anak bekerja sejak kecik smpai hak dia hidup menjadi kanak2 diambil. Dipaksa bekerja smpai tak hbis sekolah. Even "tak dipaksa" tapi kena brain washed dah ni, gi sekolah jd hamba syarikat, mkn gaji bulan2. Klau jual bakat (+ body ) dpt duit. Duit = kegembiraan. Habis cerita. Budak pun taknak ler sekolah. Bengong jd makpak pun. Sampai bila nak harap job berlakon tu melainkan mampu melentik kan dada, bunggung sampai umur 50.
Quote anony-mous 13-7-2023 03:10 PM
Parit.Hilton replied at 13-7-2023 02:46 PM
hmm patut kurang cerdik

Hahaha kan? I asalnya suka bdk ni sbb lawa tp makin lama makin jelas bodohnya mcm aqish
Quote anony-mous 13-7-2023 03:11 PM
Prickford replied at 13-7-2023 03:01 PM
"Ada orang sudah belajar tinggi-tinggi pun, belum tentu boleh berjaya".

Kau kalau cakap gini depan  ...

I plak akn judge org yg ckp begini mesti bodoh unless org yg dah ada master phd
Quote hanihan16 13-7-2023 03:11 PM
at the end of the day, it all came down to the parents. budak baru 7 tahun, apa dia tahu nak fight utk pegi sekolah ke pegi shooting. ada je proper homeschool, pastu masa darjah 6 sit for the exam. nak tak nak je berurusan kat sekolah tumpang, ppd & jpn. tapi yelah, belakon dapat duit, ye tak?
Quote tuttt 13-7-2023 03:12 PM
Belajar tinggi2 memang belum tentu berjaya diknon. Tp ilmu tu akan membezakan hang dgn org lain
Quote vanillaninja 13-7-2023 03:12 PM
Mak pak sheols okay je ke budak ni tak ke sekolah timba ilmu macam budak2 lain semata2 nak jadi pelakon? Budak2 homeschool ni macam mana nak tau theyols punya prestasi tu sama ke tak dengan budak sekolah biasa ye? Apa yang theyols guna to assess?
Quote cahaya_almas 13-7-2023 03:15 PM
Kira dia rasa dia dah berjaya or mcm mana?
Quote Cyempaka 13-7-2023 03:16 PM
Teruknya makpak kau. Kecik2 disuruh keje smp xpegi sekolah. Org lain pun berlakon jgk tp elok je g sekolah belajar. Makpak kau teruk. Makpak kau teruk. Serius. Patut malu wahai makbapak qistina.
Quote Lampuled 13-7-2023 03:19 PM
Ingat dh era 2020 dh takde jenis retis tak habis sekolah ni. Maybe terperngaruh dgn pendapat org yg sll ckp tak belajar tak pe janji kaya..janji bergaya.
Takpe lah muda lg dah kertu nnti pandai2 la capture hadis, ayat2 quran, jual tudung, product timbang kilo boleh juga jd kaya.

Lihat semua komen(226)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.047155 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top