CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Cerai Sejak 2016, Sampai Sekarang Marissa Yasmin Kena Naik Turun Mahkamah Nak Selesaikan Harta Dengan Bekas Suami

13-7-2023 02:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3747| Komen: 25

Marissa Yasmin, 45, sepatutnya dah lega apabila perjuangan mempertahankan hak selepas berdepan konflik bersama bekas suami berakhir pada hujung 2020.

Keputusan mahkamah membabitkan harta sepencarian menyaksikan Marissa memperoleh rumah, pembahagian harta (kereta) dan hutang bekas suami, Muhzir Mohd Zainuddin, kepadanya perlu dibayar semula.


Foto: IG

Bagaimanapun, dia kecewa apabila Muhzir bertindak membuat rayuan untuk mengubah keputusan asal yang diputuskan pada 2020.

"Benda ini selesai pada 2020 dan sepatutnya selepas mahkamah buat penghakiman, kena buat pelaksanaan. Saya naik turun mahkamah untuk kes harta sepencarian pun memakan masa lima hingga enam tahun.



"Bila dapat keputusan penghakiman, saya rasa lega sikit. Tiba-tiba dia nak buat rayuan minta kurangkan lagi.

"Bagi saya tak apa, nak buat macam mana lagi. Di pihak mahkamah pula memang ada platform untuk mereka buat rayuan," katanya kepada Harian Metro.


Pembahagian rumah dalam nilai anggaran RM1 juta ini menyaksikan Marissa akan menerima 75 peratus haknya, manakala Muhzir sebanyak 25 peratus.

"Ada juga sejumlah wang yang dia berhutang dengan saya, dia kena bayar balik. Kami ada kereta dan ia jatuh harta sepencarian perlu kena bahagi. Ada tiga kereta dan masing-masing dapat bahagian seorang sedikit.


"Tapi yang itu saya pun tak tahu apa jadi dengan kereta. Cuma sekarang tunggu dokumen daripada pihaknya sebagai perayu dan dari situ saya akan tengok sama ada pendaftar mahkamah luluskan atau tidak.

"Satu perkara saja saya minta. Apa saja yang mereka nak kemukakan, tak boleh lain dari apa yang pernah kita bicarakan di mahkamah dulu. Saya nak selesaikan secepat mungkin dan tak nak ingat lagi. Masing-masing perlu gembira pada masa depan," katanya kepada Harian Metro.

Marissa atau nama sebenarnya Marissa Yasmin Mariam Yaakob bercerai talak satu dengan Muhzir yang juga Pengurus Jualan Teknologi Maklumat pada 14 Januari 2016.


Episod perceraian mereka tidak semudah pasangan lain apabila Muhzir bertindak mengemukakan empat saman terhadap Marrisa.

Keputusan akhirnya berpihak kepada Marissa apabila memenangi kes itu pada 2020. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 13-7-2023 03:50 PM
ayoooooo lama nye.. ssh btl bab2 cerai berai nie..
Quote vanillaninja 13-7-2023 03:58 PM
Tak lawa rambut sheols gitu. Anyway Marissa Yasmin tu memang nama sebenar ye. Advanced parents sheols. Ingatkan commercial name. Kot la macam Samihah jadi Misha ke.
Quote Suchi 13-7-2023 04:01 PM
Eh dia penah kawen ya? Bila tu ye? Ingatkan tak penah kawen
Btw dia baru 45, muda lagi beza setahun dua je dr tokti tp belas tahun lepas lagi dah berlakon jd mak2.
Teringat cerita Jelatang tu dia jd mak intan ladyana kan.
Quote per706 13-7-2023 04:03 PM
Suka tgok dia.. cntik..even tak famous nau2,tpi jika dia.berlakon,suka tgok.

Sebb dia swag
Quote krustykrab 13-7-2023 04:04 PM
Suchi replied at 13-7-2023 04:01 PM
Eh dia penah kawen ya? Bila tu ye? Ingatkan tak penah kawen
Btw dia baru 45, muda lagi beza setahun  ...

Jd mak kt rosyam danish noor pun pernah
Quote dudaberhias 13-7-2023 04:06 PM
Dia rajin berlakon jadi mak2 dalam astro ceria... Itu je iols ingat pasal watak sheols... Memang best berlakon...

Quote sudirmanistas 13-7-2023 04:09 PM
Bahagian harta sepencarian beliau lagi banyak dari sang suami.
Quote asamfish 13-7-2023 04:26 PM
gaya dia sgt elegan...tak dibuat2
Quote anony-mous 13-7-2023 04:45 PM
I selalu confuse dia dgn noniswara tp mmg suka sgt tgk muka marisa yasmin
Quote cik_ingeniare 13-7-2023 04:48 PM
meols suka sangat tengok dia berlakon.. tak kayu.. banyak muka dia kat dalam drama  drama.. moga dipermudahkan urusan..
Quote alesandra 13-7-2023 05:03 PM
Dia ni selalu berlakon mak2 urban,mak mentua baik ke jahat. tapi ingat2 lupa nama dia.
Quote TomyamPuteh 13-7-2023 05:10 PM
Dia jarang berlakon. Kalau berlakon dia akn ambik yg drama bersiri punya.
Quote kaoru44 13-7-2023 05:40 PM
cantik marissa ni...suka tgok dia mcm lembut je..baru 45 rupanya umur dia..dh lama blakon jd mak2..
Quote anilanil 13-7-2023 05:46 PM
Dia ni cantik. Tp cantik org tua. Nekta pon nampak lagi muda dari dia.
Quote I.K.A888990 13-7-2023 06:20 PM
lamanya nak settle
Quote addamnor 14-7-2023 01:18 AM
I.K.A888990 replied at 13-7-2023 06:20 PM
lamanya nak settle

Harta naik court dek.. definitely akan makan masa..
Weols tertunggu2 results harta arwah JJ yang jatuh helikopter itu.. yang itu berbaloi bergaduh sesama anak beranak kerana reta heols cecah bilion iya..
Quote sharlenetexas 14-7-2023 01:22 AM
Kapt mat bon pernah jd suami sheols ke?

Quote Lampuled 14-7-2023 01:32 AM
Mcm dia ni baru org panggil pelakon.. watak jahat ke baik ke semua semua dia bawak ok. Org berbakat mcm ni sll kurang populr sbb betul2 kerja. Yg tak dak bakat marketing je lebih pastu demand nk watak2 glamer aje.
Btw dia ni dah 40an pun still lawa yer.
Quote silampumeja 14-7-2023 03:05 AM
per706 replied at 13-7-2023 08:03 AM
Suka tgok dia.. cntik..even tak famous nau2,tpi jika dia.berlakon,suka tgok.

Sebb dia swag

Ha ah... Suka kan... Classy. Lemah lembut elok alah amboi amboi santan kelapa....

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.283779 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top