CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Qistina Sedih Aqish Tak Baca WhatsApp, Tak Tahulah Apa Yang Terasa Hati Sangat Sampai Tak Nak Respons Langsung

13-7-2023 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2168| Komen: 18

Usaha pelakon remaja Qistina Raisah cuba menjernihkan kemelut antara dia dengan Puteri Balqis menemui jalan buntu apabila tidak dilayan.

Malah, ibunya sudah berusaha menghubungi Puteri Balqis yang mesra disapa Aqish dengan menghantar mesej dari hari kejadian pelakon itu membuat hantaran di Instagram Story, namun tiada tindak balas diberi.



IG

"Mak saya dah WhatsApp mak dia waktu hari pertama kejadian dia muat naik Instagram story tu.

"Mak saya memang dah WhatsApp dia tapi tak balas, tak read apa semua. Kita pun macam alamak sedihnya," katanya kepada OHBulan ketika ditemui pada sidang media filem Rahsia yang diadakan di DADI Cinema Pavillion Kuala Lumpur petang Rabu.

Qistina menegaskan, dia juga tidak akan mengelak dari berjumpa dengan Aqish selepas ini kerana dia yakin tidak melakukan sebarang kesilapan terhadap pelakon terbabit.

"Saya memang jujur di dalam hati saya memang tiada apa-apa masalah dengan dia, saya tak tahulah apa yang dia terasa dan saya minta maaf dengan apa yang buat dia terasa tu.

"Bagi saya, saya memang okay. Kalau jumpa lagi pun saya tak akan mengelak sebab saya tahu saya memang tak ada salah, tak ada nak cakap belakang ke apa sebab memang tak ada (salah).

"Tetapi kalau dia taknak jumpa saya terpulang kepada dia lah," ujarnya.



Terdahulu, hantaran Aqish di media sosial menjadi bualan ramai kerana meluahkan perasaan marah, tidak puas hati serta menyindir seorang pelakon yang diteka ramai dituju buat Qistina. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 13-7-2023 12:41 PM
kau lantakkan je la dik non
Quote Thunderclouds 13-7-2023 12:46 PM
Laahhhh...xmove on lg ka?
Org tu meluat kt ko dekkk..
Flip rambut jln terus sudaa..
Bukan dia hutang ko or ko bhutang ngn dia pooonnnnnn
Quote dudaberhias 13-7-2023 12:57 PM
tak habis2 lagi bbnu ni bergasak ya ampunnn...
tapi qish tu yang nampak busuk sekarang ni... punya la kekwat orang tu whatsapp pun tak reply... menang pun sekadar satu anugerah dah membongak... sama macam si mamu sabut nyoq tu...

Quote epullipan 13-7-2023 01:03 PM
goyang ke QR, da la x yah layan dah citer ko ngn aqish tu
Quote Binodino 13-7-2023 01:09 PM
Alahai ada lagi kisah budak baru tumbuh bulu tapi acah dah tua ni

Macik, kau tak payah nak acah2 nak berbaik dengan dia la. Orang tak sudi tak payah kejar.

Maap ler aku macikkan kau. Since kau nak sangat acah dah dewasa walaupun kau tu baru umur 14 tahun
Quote Atata 13-7-2023 01:12 PM
Berita lama kena up balik. Motip cari-mal?
Quote minguk 13-7-2023 01:52 PM
generasi tiktok
Quote red_velvet 13-7-2023 02:00 PM
Edited by red_velvet at 13-7-2023 02:01 PM

Dari positive side,  aku puji tindakan  qistina raisah ngan mak dia ni mintak maaf kat aqish n mak dia walaupun katanya cuma salah faham &  tak maksudkan aqish pun ...bukan mudah ye nak turunkan ego utk mintak maaf lagi2 bila kita rasa kita kat pihak yg betul... Aqish n her mom memang terpaling depression & teraniaya ke camana sampai tak respond wasap orang.. at least reply "fine tq" cukup .. cadi emak ni kena neutral ... Anak2 bergaduh ngan kekawan ko kena jadi orang tengah yg menenangkan.. bukan jadi batu api apatah lagi sama naik menyentap macam BBNU...gaduh , masam muka tak bawak kemana pun...lagi2 korang dlm industry yg sama .  Hal budak2 bergaduh salah faham ni normal, lebih2 lagi bdk pompuan... Mak2 jangan toksik, ajar anak berlembut hati memaafkan & meminta maaf.... Macamana la anak tu pun tak terheret sama copycat cara si emak - terpaling depresi, terpaling anxiety, terpaling dianiaya, terpaling disakiti, terpaling deep
Quote dewi_rina 13-7-2023 02:34 PM
Bahaya dik, nama awak dah ada dalam buku catatan hitam aqish n mak dia.. semua dia catat
Quote ezacbee 13-7-2023 02:38 PM
Lantak jelah. Nak hadap dia watpe. Biarkan.

Quote TomyamPuteh 13-7-2023 02:41 PM
Waaah.Dasatnya si Aqish mak tatoo tu. Nk kena sembah ratu ke hape nih?
Quote Kurex 13-7-2023 02:45 PM
Macam iols, ada orang jepun bagi dm dekat porem ni dgn kata2 maaf & 1001 alasan pun iols tak reply
Quote Purplehaz 13-7-2023 03:11 PM
Aqish tu jln hidup dia kan pelik sikit...so cara fikir dan pergaulan semmgnya pelik..x sama
So Abaikan lah nk bergaul dgn org mcm ni...they have their own world gitu
Quote mamajawie 14-7-2023 11:57 AM
Dek, awat tu kiut..toksah layan si family delusional tu kang ko jadi kepam lak..
Quote codenamedream 14-7-2023 12:55 PM
Aqish homeschool pun takde petik nama Qistina homeschool ni in the first place.

Pastu dah berbulan Qistina homeschool ni riding on same issue. For attention?

Quote cik_ingeniare 14-7-2023 01:18 PM
lantakkan aje dik.. kau move on and polish lagi bakat kau..
Quote Lily_Elizabeth_ 14-7-2023 01:31 PM
dewi_rina replied at 13-7-2023 02:34 PM
Bahaya dik, nama awak dah ada dalam buku catatan hitam aqish n mak dia.. semua dia catat

Ha ha kan?.

I ada kena gini you.
Kena blacklisted.

Puncanya sebab dia nyampah gaya I bercakap.
Ini macam punya wolang pun ada. Hihi.
Apa I buat?.
I lantakkan ajer dia.
Me and itu caprut no selevel.
Dia coklat, I coklat susu cair hihi.
Quote dewi_rina 14-7-2023 01:36 PM
Lily_Elizabeth_ replied at 14-7-2023 05:31 AM
Ha ha kan?.

I ada kena gini you.

Ada macam2 orang.. tak tahu punca tiber tak bertegur.. Awal2 dah blacklisted kita
Siap menyampai ke orang.. Eh lantak kan je sis

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.177818 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top