CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Loud Dan Bingit, Ain Edruce Sedar Diri Ramai Tak Suka Dirinya Mengacara

13-7-2023 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1760| Komen: 30

Ain Edruce akui teruja apabila impiannya mengacarakan program Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 tercapai.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur. Sudah lama saya menantikan peluang-peluang untuk menjadi pengacara di majlis anugerah besar seperti ini. Sebelum ini, saya tidak pernah dapat peluang.


“Saya berterima kasih kepada pihak TV3 kerana mempercayai bakat saya terutamanya sekali kepada pihak-pihak yang diatas. Saya akan manfaatkan peluang ini dan tidak akan sia-siakan.

Foto: IG

“Sejujurnya, ini adalah pencapaian terbesar dalam kerjaya saya. Hos wanita di Malaysia ini tak ramai, bila saya tengok rakan artis di televisyen, kadang tertanya juga bila peluang saya pula.

“Akhirnya saya dapat merialisasikan hasrat itu di pentas ABPBH ke-35,” katanya kepada MH.

Katanya lagi, dia dan Johan bakal memberikan kerjasama yang terbaik demi menghidupkan acara berprestij itu nanti.




“Setiap kali penganjuran ABPBH, aspek yang paling penting adalah persembahan dan pengacara. Kita memang akan buat persiapan rapi dan minggu ini kita akan mulakan sesi pembacaan skrip.

“Kami akan cuba bina keserasian dan keluarkan lagi idea-idea menarik,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ain turut memaklumkan dirinya bersedia untuk memperbaiki setiap kelemahan agar majlis sentiasa berjalan lancar.


“Orang di luar sana pun tahu yang saya ini seorang yang sangat lantang dan tidak semua orang boleh menerima perkara tersebut. Johan juga sama seperti saya.

“Jadi, saya akan mainkan peranan yang lebih rendah sedikit. Kalau kedua-duanya lantang, takut tunggang terbalik je ABPBH itu nanti. Johan bakal membawakan peranan yang sangat penting.

“Saya teruja dapat bergandingan dengan Johan. Dia merupakan idola saya dalam bidang komedi,” kongsinya lagi.

Tambahnya, “Saya selalu juga buat kesalahan dalam bab pemakaian. Kadang-kadang kita rasa orang diluar sana boleh terima tapi sebenarnya tidak.

“Kali ini, dengan tema berunsurkan kesyukuran, saya akan berpakaian lebih sopan. Jadi, berkemungkinan besar wardrobe malfunction itu tidak akan berlaku.

“Saya sangat dikenali dengan fesyen yang agak rugged tapi kali ini saya mahu kelihatan lebih kewanitaan dan lembut,” akhirinya.

ABPBH 35 yang bertemakan Ekspresi Legasi Seni akan dipentaskan di Panggung Seni Utama Negara, Istana Budaya pada 21 Julai ini. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 13-7-2023 12:21 PM
seorang yang lantang celah mana...

bingit ada la macam si shiha zikir...

orang yang suara bingit ni sesuai menjerit2 dekat kem askar je supaya semua menggelupur bangun...

takpun jadi announcer dekat shopping mall waktu tengah2 malam nak tutup tu... bagi pelanggan2 semua berambus keluar lepas tak tahan dengar kebingitan...

kalau nak suruh jual sayur kat pasar pun tak tergamak yach silap2 lari semua pelanggan dengar kebingitan tu...

kalau nak suruh jadi announcer untuk kapal terbang mungkin itulah buat terakhir kali penumpang2 tu semua naik kapal terbang... silap2 kapal terbang tu terjunam terus...

Quote putu 13-7-2023 01:30 PM
Bagusla sedar diri
Quote drivethru 13-7-2023 01:41 PM
Anugerah sampah, kena lah dengan host sampah. Pemenang nanti pun nama2 sampah.
Quote minguk 13-7-2023 01:45 PM
tahu pun.  
Quote rayna_raynes 13-7-2023 02:02 PM
Sherry mengacara sederhana pun dah kelakar. Tak perlu membodohkan diri untuk jadi kelakar (walaupun tak pernah kelakar)
Quote ReginaGeorge 13-7-2023 02:06 PM
TAU TAKPE

Dalam tiktok pon iols block dia. menyampah tengok dia jadikan hushbaby dia sebagai konten. muak. dah mcm takda benda lain nak dikontenkan. asiklah bibir jober lakinya jer masuk fyp. sorang mcm lembu, sorang macam kuda.
Quote timah03 13-7-2023 02:08 PM
Skrg musim kak lina pompom...
Lain orang tak nak...
Quote zuriey 13-7-2023 02:09 PM
Ain derus + johan dua2 bingit
Quote She-Ra 13-7-2023 02:14 PM
iols ok je dgn ain ni
cuma kdg2 hover naw je

tp anugerah ni mmg tak tgk la.. undi jee
Quote DianaSaksen 13-7-2023 02:17 PM
Aku okey jer si ain jadi host
Kalau janna tu lagi bingit
Quote kucingitam 13-7-2023 02:23 PM
nasib tak dpt dia dgn achey jadi pengacara...dua2 bingit..
Quote DianaSaksen 13-7-2023 02:25 PM
Masukkan sekali jep achey Dan tok ac
Sure bingit punya
Quote ekselen 13-7-2023 02:33 PM
Mmg bingit pun...terjerit2 mcm org hilang akal.. Iols xminat dia mengacara... Berlakon ok lg...tp dulu la.. Skrg dgr sore ko pun pening
Quote ekselen 13-7-2023 02:34 PM
rayna_raynes replied at 13-7-2023 02:02 PM
Sherry mengacara sederhana pun dah kelakar. Tak perlu membodohkan diri untuk jadi kelakar (walaupun  ...

Kan...i suka sherry.. Tak perlu over2 pun...
Quote Kurex 13-7-2023 02:50 PM
Bingit, pprtz tak classy, tak best, tak berbakat, try hard
Quote CiliPadiSedap 13-7-2023 02:50 PM
sohai gigi jarak lagi sesuai jadi host
Quote mamajawie 13-7-2023 03:19 PM
x minat si bingit ni sbab bising namati..tapi suka tgok dia berlakon drama dgan diana danielle tu..
Quote heythere123 13-7-2023 03:38 PM
drivethru replied at 13-7-2023 01:41 PM
Anugerah sampah, kena lah dengan host sampah. Pemenang nanti pun nama2 sampah.

agak la. Iols rasa abpbh lama dah sendu, tiba2 tahun ni up balik.

tapi calon tetap la boring semuanya
Quote doubleA 13-7-2023 03:53 PM
Bingit la. Iols prefer pengacara yg skema2, nak melawak boleh cuma jangan ko jerit syok sendiri mengilai berdekah ketawa kt mic sudah

Apapun iols takkan tengok so lantak kome la

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.111574 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top