CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Idola, Berdebar Jantung Fasha Sandha Dapat Berlakon Dengan Erra Fazira, "Masa Sekolah Dulu Jerit-Jerit Nama Kalau Nampak Erra Dalam TV"

13-7-2023 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3257| Komen: 48

Fasha Sanda  teruja apabila dapat bergandingan dengan Erra Fazira yang disifatkan sebagai idola baginya menerusi sebuah drama yang bakal ditayangkan di platform Over-The-Top (OTT)

Di Instagram, Fasha berkata jantungnya berdebar ketika menuju ke lokasi penggambaran untuk berjumpa dengan Erra.


Fasha kata dia merupakan peminat dramatis popular itu sejak di bangku sekolah lagi.

Foto: IG

"Tuhan je yang tahu , jantung berdebar sejak 6 pagi tadi (Rabu). Sepanjang dalam perjalanan ke lokasi pengambaran masih berdebar-debar.

"Hari ini dalam sejarah. Nak bertemu dengan idolaku, satu frame dengan idolaku Erra Fazira dalam drama Rampas Cintaku 2.

"Satu family aku tahu sejak di bangku sekolah, memang nama kak Erra yang aku jerit, lompat-lompat setiap kali menonton anugerah di kaca TV, peminat setia ni."



Meskipun pernah melakukan beberapa sesi fotografi bersama Erra, namun perasaan bergandingan dalam sebuah drama ternyata berbeza dan menyifatkan peluang kali ini sebagai satu rezeki selepas 20 tahun dirinya bergelar anak seni.

"Pernah beberapa kali digandingkan untuk fotografi bersama sebelum ni. Tapi tak pernah dapat peluang bekerjasama.

"Benarlah rezeki tak pernah salah alamat, lepas 20 tahun berada dalam industri, dijodohkan bersama ratuku di dalam satu drama."


Sementara itu, Fasha turut memuji peribadi Erra yang sentiasa senyum dalam pada jua keadaan.

"Beliau yang masih disegani, masih disayangi ramai, the one and only primadona Erra Fazira. Beliau yang kita semua tahu, Primadona yang sentiasa senyum dalam apa jua keadaan, tidak pernah berkata yang tidak baik tentang sesiapapun, Primadona yang tidak pernah kenal erti penat.

"Primadona yang masih kekal menjadi Ratu Cantik sehingga hari ini. MasyaAllah, aura! Takkan pernah hilang." -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote freyayong 13-7-2023 10:58 AM
cantiknya fasha skang. glowingggg
Quote babelina 13-7-2023 11:51 AM
dua2 nie aku minattttttttt...
Quote dudaberhias 13-7-2023 12:10 PM
lawanya fasha bila kurus... nampak macam anak dara balik ala2 era cinta canduri walaupun dah nak masuk pasca monopos...

btw hidung ratu tu dah kenapa...

Quote cm_vungtau 13-7-2023 12:10 PM
Ai pun suka sangat Erra. Dia ni antara orang yang boleh jadi Miss Malaysia before Malaysia ban perempuan melayu dari masuk Miss Malaysia.
Quote phalanx 13-7-2023 12:14 PM
lawa pulak fasha sekarang ni
Quote newyork 13-7-2023 12:16 PM
Mmg fasha nampak muda jadi mcm cerita anak mami . .
Quote adeqbun 13-7-2023 12:16 PM
comel btol anak die ngan aidil tu..fasha dan erra dua2 ai minat...tp fasha pls jgn la meliuk2 sgt sejak dh kurus ni...
Quote OsHiN_hOnEy 13-7-2023 12:29 PM
both cantik irl
buat aura erra ni kuat betul
really a person yg ada star quality eventho hari biasa
meaning bkn hari dia on the job
effortless kemas penampilan dia
Quote I.K.A888990 13-7-2023 12:45 PM
baru tau citer ni....nk tgk satgi
tapi yg hero tu mcm budak je ke salah
Quote Beribear 13-7-2023 02:45 PM
Baru je jumpa fasha time bulan puasa kat jalan tar tu time tu mmg dah kurus mmg cantik lah. Tp fasha ni rendah je tinggi dlm 155 - 158 cm. Sbb iolss tinggi 165cm. Maknanya erra sama tinggi dgn iolss atau tinggi sikit gitulah ye
Quote Purplehaz 13-7-2023 03:15 PM
Paling suka dua2 ni kalau berlakon watak antagonist
Quote Nuyak 13-7-2023 03:41 PM
erra kalau jumpa irl memang elok je dan tak sombong...lain la kalau si fasha ni, berkali2 aku terjumpa kemain sombong muka memang tak nak senyum..buat2 tak nampak orang depan mata sambil muka ketat..kalau dia berlakon apa cerita pun aku akan tukar cerita lain wpun dia berlakon hebat..sombong melangit la....
Quote dewi_rina 13-7-2023 03:58 PM
Nuyak replied at 13-7-2023 07:41 AM
erra kalau jumpa irl memang elok je dan tak sombong...lain la kalau si fasha ni, berkali2 aku terjum ...

sama, mmg si pasha ni sombong eh.. tapi kalau ada laki dia, dia baik..
Quote rosedemon 14-7-2023 09:16 AM
Ok sukati ko la pasa sendat
Quote Nuyak 14-7-2023 02:10 PM
dewi_rina replied at 13-7-2023 03:58 PM
sama, mmg si pasha ni sombong eh.. tapi kalau ada laki dia, dia baik..

laki dia friendly juga la..kalau da nampak kita tertengok dia, maklum la retis kan memang la org akan pandang dua kali..dia akan senyum la dekat orang...kalau yg si bini ni haram nak senyum memang dia buat tak nampak je org tgk...diva sangat la perangai tu...
Quote anakmak 14-7-2023 02:16 PM
Beribear replied at 13-7-2023 02:45 PM
Baru je jumpa fasha time bulan puasa kat jalan tar tu time tu mmg dah kurus mmg cantik lah. Tp fasha ...

Ratu x tinggi mana
Tak setinggi NA
Quote dewi_rina 14-7-2023 02:22 PM
Nuyak replied at 14-7-2023 06:10 AM
laki dia friendly juga la..kalau da nampak kita tertengok dia, maklum la retis kan memang la org a ...

Aah laki dia okay, nampak la mcm budak baik.. badan pun boleh tahan katang
Yg si acah primodana ni mmg sombong angkuh bongkak judes.. senyum pun tak siap jeling
Macam orang nak ambik gambar dgn ko.. choi! Sejak dua menjak je jadi konon peramah, nak jadi mcm kakafaz lah tu
Layan peminat baikkk je, btw sheols nampak fake ye kalau buat2 baik tu.. kaku sangat
Quote wannoorazlina 14-7-2023 03:15 PM
ramai rupanya acik2 porem minat kat fasha ya..
minat lakonan fasha..
bukan dulu ramai dok kata berlakon suara itik atau tersepit ke?
Quote Realpeople17 14-7-2023 03:20 PM
Nuyak replied at 13-7-2023 03:41 PM
erra kalau jumpa irl memang elok je dan tak sombong...lain la kalau si fasha ni, berkali2 aku terjum ...

Ratu sgt friendly and cantik gila jmpe depan2. Dia ada vibe yg bleh buat org jatuh suka kat dia. Kekwat tu mmg tak lngsung.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.054046 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top