CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Semoga Arwah Bapa Mentuaku...' - Pahamin Selamat Dikebumikan Di UK

13-7-2023 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2140| Komen: 7

Jenazah Allahyarham Datuk Pahamin A Rajab selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Chiqwell London, United Kingdom (UK) pada pagi Khamis.

Perkara itu dimaklumkan menantunya yang juga pelakon Azhar Sulaiman menerusi video yang dimuat naik di TikTok.




Dalam video itu, Azhar memohon semua orang mendoakan agar roh arwah ditempatkan bersama orang beriman.

“Saya ingin memaklumkan bahawa urusan pengembumian Allahyarham Pahamin A Rajab telah selamat dilakukan di Chiqwell London UK, terima kasih kepada semua yang hadir untuk pengurusan pengembumian pada hari ini.



“Mari kita sama-sama semoga Allah akan mencucuri rahmat ke atas roh arwah bapa mentuaku dan ditempatkan arwah bersama orang beriman, amin,” kongsi Azhar.

Rata-rata netizen turut mengucapkan takziah selain mendoakan seluruh keluarga Azhar.



Untuk info, arwah yang juga bekas Pengerusi AirAsia Berhad dilaporkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London bagi menghadiri majlis graduasi cucunya yang juga anak Azhar.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 13-7-2023 10:11 AM
Alhamdulillah..takde lah sampai seminggu baru kebumi. Semoga arwah berada dikalangan yg beriman.
Quote cik_ingeniare 13-7-2023 10:29 AM
Alhamdulillah.. semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Quote dudaberhias 13-7-2023 12:14 PM
alhamdulilah dah selamat di kebumikan...
semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman...
Quote Cassieopeia 13-7-2023 03:04 PM
cepat diorg uruskan, moga ditempatkan bersama org beriman..
Quote kalchi 13-7-2023 08:11 PM
Si rees dgn sweater kt leher alahai i pulak rimas tgk. Mcm nak pegi kua makan pulak.
Quote DARSITA 14-7-2023 12:26 AM

Harap semasa hidup arwah sentiasa membantu orang miskin, anak anak yatim, bina  masjid/surau, derma sana sini, wakaf sana sini dan tinggalkan anak soleh yang akan sentiasa mendoakan dia.
Quote Rotipitadaging 15-7-2023 07:45 PM
No more mami2 pahni...elokla......gelimat
Screenshot_2023-07-15-19-39-28-74_a23b203fd3aafc6dcb84e438dda678b6.jpg

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.052150 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top