Baru-baru ini Uqasha Senrose memuat naik video menggunakan filter sohor kini di aplikasi TikTok bersama Kamal Adli. Menerusi video tersebut, jelas kelihatan wajah pasangan ini seandainya sudah berusia kelak.
“Hope till jannah…adeeerrrr (emoji hati). Kita akan tua juga suatu hari nanti.. tak selamanya muda,”tulisnya sebagai kapsyen. Apa yang menarik perhatian Uqasha adalah komen salah seorang pengguna aplikasi berkenaan yang mendoakan dirinya dikurniakan rezeki zuriat. “Saya pregnant sekarang. Semoga ditiupkan zuriat dalam rahim dia (Uqasha)”doanya. Sementara itu, ramai di kalangan warganet turut mendoakan agar pasangan selebriti berkenaan kekal bahagia bersama sehingga ke akhir hayat dan disatukan di syurga.
Sekadar info, Uqasha dan Kamal Adli mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. -CARI
|
pocongkiutss replied at 13-7-2023 10:38 AM
Semoga cepat baby
Tp muka uqa kt post tu mengingatkan iols pada squidward versi hensem tu
ADVERTISEMENT