Ramai kurang senang dengan video tular sekumpulan wanita mentertawakan kesalahan tatabahasa seorang lelaki. Menerusi video itu, salah seorang daripada mereka membaca kiriman mesej perpisahan ditulis seorang lelaki dipercayai bekas kekasih rakannya.
Dalam nada mengejek, wanita itu membaca dengan kuat mesej ditulis dalam bahasa 'rojak' berkenaan sebelum disambut dengan tawa rakan-rakan lain. Video TikTok itu tular selepas dikongsi semula oleh seorang individu menerusi Twitter pada Selasa. Katanya, disebabkan sikap segelintir masyarakat seperti kumpulan wanita terbabit, ramai yang takut dan malu untuk berbahasa Inggeris.
Di ruangan balas, ramai netizen turut menyelar tindakan empat wanita itu yang dikatakan biadab dan merendah-rendahkan individu yang kurang fasih berbahasa Inggeris. Sumber: mStar
|
chilly replied at 13-7-2023 07:38 AM
Paham diorang nak backup membe yang kena dump. Kalau diorang membahan & gelak2 sesama sendiri tanpa ...
ADVERTISEMENT