"Saya lebih mengenali adik saya macam mana." Menafikan sekadar menutup mata setiap kali adiknya, personaliti media sosial Ameera Khan menimbulkan kontroversi, Neelofa tampil menjelaskan keadaan sebenar.
Kata Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dia sudah memainkan peranan sebagai kakak dengan memberikan nasihat. "Saya dah berbincang bagi dia faham apa yang dibuat betul atau salah. "Saya tak nak cakap lebih-lebih kerana bagi saya ia privasi kami. "Tapi apa yang boleh saya katakan kami semua tidak berdiam diri. Saya sokong apa yang baik dan tegur apa yang tidak," katanya kepada mStar. Bukan itu sahaja, Neelofa juga menyangkal dakwaan ahli keluarganya gemar mencetuskan kontroversi selepas lama menyepi daripada cerita panas. Sebaliknya, netizen yang gemar mengorek kisah peribadi mereka.
"Orang sekarang dah bijak, bukan macam dulu kena cari majalah untuk baca. Semua orang sangat pandai menilai, peminat akan tahu macam mana cara seseorang itu cari kontroversi... viral. "Kalau orang itu tak buat apa-apa tapi orang nak tahu cerita dia itu pun ada juga, jadi mereka sendirilah yang kena pandai menilai. "Yang saya tahu keluarga saya tak ada seorang pun yang mencari populariti... tapi orang yang cari cerita kami," kongsinya. Sebelum ini, nama Ameera atau Nur Ameera Khan, 23, menjadi bualan netizen apabila dia memuat naik foto menggantung coli di balkoni sebuah hotel. Bukan itu sahaja, aksi Ameera bersenam bersama jurulatih lelaki juga menjadi bualan beru-baru ini. Sumber: mStar
|
Realpeople17 replied at 12-7-2023 07:18 PM
Privacy kami?? Sejak bila ko ngan family ko kesah psl privacy sndiri. Satu kerabat ko mmg gila glamo ...
jambatannetizen replied at 12-7-2023 07:35 PM
family dia tu, Lagi2 Qalisha Ray ngan Tasnim
Qalisha tu kuat menempel kat mne2 events2. ...
jambatannetizen replied at 12-7-2023 07:35 PM
family dia tu, Lagi2 Qalisha Ray ngan Tasnim
Qalisha tu kuat menempel kat mne2 events2. ...
jambatannetizen replied at 12-7-2023 07:35 PM
family dia tu, Lagi2 Qalisha Ray ngan Tasnim
Qalisha tu kuat menempel kat mne2 events2. ...
SpyLeman replied at 12-7-2023 08:35 PM
Tambah sorang lagi - NekTan. Sampai sanggup gunakan si Jeybat sbg konten janji dapat Like
Realpeople17 replied at 12-7-2023 08:29 PM
Qalisya tu bukan ke ada prcubaan nk jd retis dulu? Dia ada record lagu kn dulu kalo tak silap. Tp ...
jambatannetizen replied at 12-7-2023 09:35 PM
Sheols ada duet dgn ajai kan duluu? Tapi yang tu pada iols rase paling gila glamor.
Sheols berja ...
Realpeople17 replied at 12-7-2023 10:05 PM
Ye dgn ajai. Tp sendurina lagunya. Sore pun sendu. Ingt dulu dia ni agak melentik gak bila posing. ...
ADVERTISEMENT