Orang ramai meluahkan kemarahan dengan tindakan sekumpulan individu dipercayai pelajar di sebuah sekolah di Bayan Lepas, Pulau Pinang kerana tidak menggunakan laluan di jejantas untuk melintas jalan raya.
Menerusi satu klip video dikongsi di laman Facebook Penang Kini, kelihatan tiga pelajar sekolah melintas jalan tanpa menggunakan laluan jejantas yang disediakan berdekatan kawasan tersebut. Berdasarkan klip video berdurasi 19 saat kelihatan ketiga-tiga mereka nyaris dirempuh beberapa kenderaan ketika melintas. Bagaimanapun, kenderaan tersebut sempat mengelak dan menekan brek. Loading FB Post...
Susulan perkongsian itu, beberapa pengguna mengecam perbuatan individu terbabit kerana tidak menggunakan jejantas sedia walaupun pihak berkuasa telah menyediakan kemudahan itu. Apatah lagi ia seolah-olah tidak sayangi nyawa sendiri dengan sengaja mencari padah. Sumber: KOSMO ONLINE |
ADVERTISEMENT