CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Di Kampung Bharu Mati Dibakar Kerana Tuduh Suami Hisap Dadah

12-7-2023 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1832| Komen: 26

Seorang wanita mati dibakar suami selepas menuduh lelaki itu menghisap dadah dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Bharu, Sitiawan di Lumut.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah mengesahkan hasil siasatan mendapati suspek yang berusia 28 tahun melakukan perbuatan itu petang kelmarin.



Gambar hiasan

“Pada pukul 6.42 petang Isnin, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerima panggilan MERS 999 daripada seorang wanita memaklumkan adiknya iaitu suspek telah membakar isterinya di rumah.

“Hasil siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan mangsa dan keluarganya kerana menuduh lelaki itu mengambil dadah,” katanya hari ini.

Mangsa berusia 33 tahun yang dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) disahkan meninggal dunia pada pukul 12.20 tengah hari tadi dan bedah siasat mayat mangsa akan dilakukan esok bagi mengetahui punca sebenar kematian.


Suspek yang ditahan di sebuah restoran di Lumut beserta barang rampasan kira-kira pukul 11 malam tadi dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini dan dibenarkan direman selama tujuh hari sehingga 18 Julai minggu depan untuk siasatan lanjut.

Terang beliau, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan boleh digantung sampai mati, jika sabit kesalahan. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 12-7-2023 05:19 PM
Bukan ke hukuman gantung tu dah dimansuhkan?
Quote noor2 12-7-2023 05:19 PM
Apasal jantan2 sekarang semua jahat2 bunuh bini, pukul bini, bunuh anak, rogol anak....apa nk jadi
Quote CiliPadiSedap 12-7-2023 05:23 PM
noor2: Apasal jantan2 sekarang semua  ...


Sebab dadah dan ekonomi

Bila xberduit isap dadah, bila berduit cari skandal.

Cuba tengok friska, ratu sondol suami orang. Kalau dia busy main forum maksudnya laki kt rumah isteri pertama.
Quote rikiruj 12-7-2023 05:24 PM
Binodino replied at 12-7-2023 05:19 PM
Bukan ke hukuman gantung tu dah dimansuhkan?

Aku stand corrected sebab aku agak confuse, rasanya bukan dimansuhkan tapi bukan lagi mandatori.  Maknanya hakim boleh jatuhkan hukuman penjara seumur hidup insted of gantung.  Kalau sebelum ni, jika sabit kesalahan tak boleh lari memang kena gantung bagi certain2 kesalahan.  Tapi kalu hakim proceed dgn hukuman gantung maka kenalah digantung sampai mati.
Quote noor2 12-7-2023 05:25 PM
CiliPadiSedap replied at 12-7-2023 05:23 PM
Sebab dadah dan ekonomi

Bila xberduit isap dadah, bila berduit cari skandal.

Hehe sabo jela..

Ya sebab dadah..tp ada juga sb cuai..kes anak mati lemas tu...tp tu x sengaja la
Quote nw111 12-7-2023 05:32 PM
CiliPadiSedap replied at 12-7-2023 05:23 PM
Sebab dadah dan ekonomi

Bila xberduit isap dadah, bila berduit cari skandal.

Chuols caye ke friska tu indon..i baca komen dia mcm nmpk sgt try hard nk mengindonkan ayat dia... kdg2 mcm x kena...x mcm indon yg tulis...i saspek friska tu jantan melayu je
Quote kepompong 12-7-2023 05:37 PM
cerai aje lah . kan senang. dari nak kena buat jenayah
Quote kepompong 12-7-2023 05:37 PM
nw111 replied at 12-7-2023 05:32 PM
Chuols caye ke friska tu indon..i baca komen dia mcm nmpk sgt try hard nk mengindonkan ayat dia... ...

open secret yg friska tu pondan bugis
Quote Binodino 12-7-2023 05:39 PM
rikiruj replied at 12-7-2023 05:24 PM
Aku stand corrected sebab aku agak confuse, rasanya bukan dimansuhkan tapi bukan lagi mandatori.   ...

I see. Ok faham. Tapi kalau libatkan nyawa or dadah ni iols rasa better gantung je la daripada nak penjara seumur hidup. Senang betul hidup dah ambil nyawa orang lepas tu masuk penjara makan minum berak cangkung semua ditanggung. Lepas tu masuk pulak news kata penjara dah overloaded dengan pesalah.

Quote Skuau 12-7-2023 05:44 PM
Cer....#CariLakiYgKelepok
           #KonfomLemahLembut
                           
Quote Atata 12-7-2023 05:50 PM
nw111 replied at 12-7-2023 05:32 PM
Chuols caye ke friska tu indon..i baca komen dia mcm nmpk sgt try hard nk mengindonkan ayat dia... ...

Ye ke? Macam smooth je indon dia.. yang mana macam dibuat2 tu cuba screenshot. Rasanya dia mmg indon sejati bekas maid yang naik pangkat
Quote Atata 12-7-2023 05:51 PM
CiliPadiSedap replied at 12-7-2023 05:23 PM
Sebab dadah dan ekonomi

Bila xberduit isap dadah, bila berduit cari skandal.

Hakhakhakkk..
Quote nw111 12-7-2023 06:03 PM
Atata replied at 12-7-2023 05:50 PM
Ye ke? Macam smooth je indon dia.. yang mana macam dibuat2 tu cuba screenshot. Rasanya dia mmg ind ...

Alaaa...malas le nk cari komen sheols..tapi nmpk sgt la indon jadian...
Quote _blackbird 12-7-2023 06:16 PM
bistu sebenarnya hisap dadah ke tak ni?
Quote Zeatyisaac 12-7-2023 06:31 PM
Mangsa mari dibakar, tapi bedah siasatnakan dilakukan untuk mengetahui punca kematian? Apa masih belum tahu punca kematian?

Agaknya sebab itulah pembunuh2 Adib dulu dilepaskan, sebab walaupun Adib di pukul sehingga patah riuk, tapi sebab kematian oksigen tak sampai? Kan? Takde kena mengena dengan dipukul, walaupun itu adalah penyebab kan? Betul tak?
Quote CiliPadiSedap 12-7-2023 07:17 PM
nw111 replied at 12-7-2023 05:32 PM
Chuols caye ke friska tu indon..i baca komen dia mcm nmpk sgt try hard nk mengindonkan ayat dia... ...

dia budak bugis nobito yang kurang kasih sayang. dahlah miskin kasih sayang multinick dia ada 5 kalau tak silap kaka. nobito , notM dan sewaktu dengannya.



dia marah kaka kutuk pengantin dia astro boy



dia cari pasal dulu duk kutuk melayu. kaka bukan kutuk. kaka puji je rambut fashion astro boy. sejak tu dia banyak salin kulit dan try hard buat naratif tatakelola sondol jusa c minus



Quote krustykrab 12-7-2023 08:04 PM
nw111 replied at 12-7-2023 05:32 PM
Chuols caye ke friska tu indon..i baca komen dia mcm nmpk sgt try hard nk mengindonkan ayat dia... ...

Kiranya jantan melayu berangan jd indon bersuamikn penjawat awam gaji 5k
Quote Decaffeinated 12-7-2023 08:41 PM
Binodino replied at 12-7-2023 05:19 PM
Bukan ke hukuman gantung tu dah dimansuhkan?

Hukuman gantung masih ada, hanya hukuman mati mandatori dimansuhkan
Amir Abd Hamid
[email protected]

Kuala Lumpur: Kebimbangan terhadap peningkatan jenayah susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) dijamin tidak berlaku.

Ia kerana, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan hukuman gantung di negara ini masih lagi wujud memandangkan kerajaan hanya memansuhkan hukuman mati mandatori.

"Tiada (kebimbangan), hukuman gantung masih ada tetapi ia tidak diputuskan dalam undang-undang secara automatik.

"Ia harus didengar oleh hakim dan saya rasa ia lebih adil," katanya ketika ditanya media mengenai kebimbangan pemansuhan Akta 846 akan menyebabkan peningkatan kadar jenayah di negara ini.

Anwar ditemui media selepas menyampaikan Ucaptama di Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia 2023 di sini, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan tiada lagi hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat di Malaysia susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) pada 4 Julai lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh dipetik berkata pemansuhan itu bertujuan menghormati hak setiap individu untuk hidup di Malaysia serta memastikan keadilan bagi semua pihak.


Quote Decaffeinated 12-7-2023 08:43 PM
Zeatyisaac replied at 12-7-2023 06:31 PM
Mangsa mari dibakar, tapi bedah siasatnakan dilakukan untuk mengetahui punca kematian? Apa masih bel ...

Tak boleh assume dia mati terbakar sebab mungkin juga telah mati lebih awal atas sebab lain.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.085391 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top