CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mimi Lana Dan Syafiq Kyle Gementar Nak Kahwin, Akan Kongsi Tarikh Nikah Pada Masa Yang Sesuai

12-7-2023 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1293| Komen: 10

Mimi Lana dan Syafiq Kyle berkongsi persiapan dan persediaan majlis pernikahan mereka.

Kata Syafiq, segala persiapan dan persediaan untuk majlis mereka sudah hampir 90 peratus dan hanya tinggal untuk membuat bayaran sahaja.


“Kalau ikutkan dari hari itu kita dah hampir 90 peratus… yang lain semua tinggal nak bayar saja,” kata Syafiq secara berseloroh kepada Gempak.

Foto: IG

Dalam pada itu, Mimi mengakui sama juga seperti pasangan yang bakal berkahwin, mereka juga berasa gementar melalui proses tersebut.

Bagaimanapun dia bersyukur apabila mempunyai pasangan yang sangat mudah untuk bekerjasama dalam persiapan majlis mereka.



“Sudah tentu ada perasaan gementar… saya rasa semua orang yang melalui proses ini akan ada perasaan gementar. Tapi so far, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan sangat lancar.

“Syafiq pun seorang yang sangat senang untuk bekerjasama. Dia memang ambil tahu semua benda dalam proses persiapan menjelang perkahwinan,” kata Mimi.

Sementara itu, Syafiq yang juga pelakon filem Polis Evo 3 ini berkata mereka sememangnya mempunyai perancangan untuk berkongsi tarikh pernikahan namun masih menjadi masa yang sesuai.


“Insya-Allah kami memang ada perancangan untuk kongsikan tarikh tapi kami tengah tunggu masa yang sesuai, di platform yang sesuai untuk kami kongsikan kepada seluruh Malaysia,” ujar Syafiq.

Untuk rekod, hubungan pasangan ini dikatakan pernah terlerai pada Mei 2020 selama lima tahun menyulam cinta namun kembali bertaut selepas masing-masing dilihat berkongsi gambar di media sosial.



Pada 21 Januari lalu, Mimi dan Syafiq turut memuat naik gambar dipercayai pada majlis pertunangan mereka. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 12-7-2023 06:25 PM
U ouls.tgk tak drama Lockdwon ? Dua org ni ada berlakon
Mimi lana order makanan grab hari hari tapi cakap dgn suami dia ( syafiq kyle ) dia masak. Dalam cerita tu mimi hadap game je . Sampai la kantoi masa PKP
Quote dudaberhias 12-7-2023 06:34 PM
lama sangat la theyols ni kapel sampai iols rasa dah basi dah...

sama macam yenna n poji nawawi mix sheols tuh...

apa2 pun iols nak ucap awal2 je lah untuk perkahwinan theyols walaupun belum mula lagi...

selamat menikmati cendawan butang tin cap C&H buat mimi lana..

selamat melambung sampai ke syiling kepada kedua2nya...

Quote rayna_raynes 12-7-2023 07:44 PM
Katanya November kan? Tazzabar tgk baju Mimi nanti
Quote insyi81 12-7-2023 08:16 PM
ye cpt2 nikah walau x minat kt korang berdua
Quote ekselen 12-7-2023 08:45 PM
suka nengok sheols berlakon ngan ben amir dlm drama chandelier huhu
Quote QueenIsolde 13-7-2023 05:29 AM
Iols nampak mcm mimi yg syg sapik lebih..sapik cm besa je. Tp xtau la klo kat luar
Quote stingerpressor 13-7-2023 05:33 AM
QueenIsolde replied at 13-7-2023 05:29 AM
Iols nampak mcm mimi yg syg sapik lebih..sapik cm besa je. Tp xtau la klo kat luar

Convince yourself...that peluang ko utk menyondol ...masih cerah....

Kahkahkahkahkahkah
Quote stingerpressor 13-7-2023 05:35 AM
dudaberhias replied at 12-7-2023 06:34 PM
lama sangat la theyols ni kapel sampai iols rasa dah basi dah...

sama macam yenna n poji nawawi mix ...

Pasangan lain yg lama bercouple...kentik ko yg bengkak selepas pecah bernanah duds?

Kahkahkahkahkahkah
Quote LadyCarefree 13-7-2023 08:28 AM
Meluatnya dengan dua ekor ni.
Quote rosedemon 13-7-2023 09:12 AM
bosanla dua ekor ni xyah ada pon xpe

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.042983 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top