Gerakan mencari Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa, 7, yang hilang dipercayai masuk ke dalam sungai untuk mengambil seliparnya yang terlepas ke dalam air pada 5 Julai lalu, masih diteruskan. Difahamkan, kawasan pencarian telah diluaskan sehingga jarak 18km, namun kanak-kanak yang dilaporkan ‘lesap’ di Sungai Batang Kali, Selangor itu belum ditemui hingga kini.
Selain pasukan penyelamat, pihak keluarga ada juga mendapatkan ikhtiar bantuan dengan perawat Islam. Disaksikan orang kampung, kedengaran bunyi azan dilaungkan seorang lelaki di seberang sungai dengan harapan Adik Ammar akan ditemui segera. Melalui sebuah video dikongsikan penduduk, seorang wanita yang menjadi perantara katanya dirasuk mahkluk ghaib. Di saat wanita tersebut meronta-ronta, orang lain berterusan menjerit “Amar, lari Amar” sebelum berpaling ke arah hutan dan memanggil nama kanak-kanak itu.
Sumber: Kisah Dunia
|
ADVERTISEMENT