CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Balik Haji ‘Kantoi’ Tayang Emas Tiruan

12-7-2023 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 477| Komen: 0

Gara-gara mempamerkan barang kemas tiruan seberat 180 gram tular di media sosial, wanita yang baru pulang daripada menunaikan ibadah haji di Kota Suci Mekah dipanggil menjalani sesi pemeriksaan oleh Direktorat Jeneral Kastam Eksais (Bea) Indonesia.


Okezone melaporkan, wanita dikenali sebagai Suanarti itu menjalani pemeriksaan pengesahan di agensi cukai itu di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan selama tiga jam, semalam.


Suanarti tular di media sosial Indonesia kerana mempamerkan emas seberat 180 gram di Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin Makassar sejurus mendarat pada 5 Julai lalu. – Istimewa

Peguamnya, Ayu berkata, anak guamnya telah memberikan penjelasan kepada pegawai mengenai barangan kemas tiruan yang dibawa pulang itu.

“Anak guam saya sudah menyelesaikan isu dengan Bea Cukai dan dia telah menjelaskan semua isu mengenai video  tular itu,” katanya.


Sebelum ini, Suanarti tular di media sosial Indonesia kerana mempamerkan emas seberat 180 gram di Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin Makassar sejurus mendarat di tanah air 5 Julai lalu.

Suanarti memaklumkan bahawa barang kemas tersebut dibeli di Arab Saudi ketika dia pergi menunaikan haji.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Bea Cukai Makassar, Ria Novika berkata, disebabkan barangan kemas yang dibawa pulang itu  tiruan dan harganya tidak melebihi peruntukan duti import, pengecualian cukai telah diberikan.

“Memang benar emas (tiruan) itu dibeli dari luar negara. Harganya sekitar 900,000 rupiah (RM276.61) sahaja, jadi kurang daripada 1 juta rupiah (RM307.35) iaitu had minimum untuk cukai,” katanya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.025101 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top