Seorang remaja membuat pendedahan di TikTok bahawa dia sudah diperkenalkan dengan najis dadah seawal usia sembilan tahun. Lebih menyedihkan, kali pertama dia mengetahui tentang apa itu dadah adalag selepas disuap bapa sendiri yang juga penagih dadah.
Dalam pengakuannya, dia yang membesar di kawasan Chow Kit mengambil keputusan untuk melacurkan diri demi mendapatkan wang membeli dadah. Dedahnya lagi, ramai kanak-kanak yang membesar di kawasan Chow Kit bergelumang dengan najis dadah di usia kecil kerana persekitaran.
Akibat perbuatan itu, remaja tersebut disahkan hamil dan dalam keadaan sebegitu juga dia masih ketagihan dadah, membahayakan kandungan. Malah, pada usia 16 tahun sudah dia sudah keluar masuk penjara kira-kira 18 kali. Sumber: BeautifulNara
|
ADVERTISEMENT