New Delhi: Seorang lelaki di India tak marah dicurangi sebaliknya sudi mengahwinkan isteri dengan 'kekasih gelap' wanita itu. Oddity Central melaporkan, kisah luar biasa itu berlaku di Nardiganj, sebuah kampung di Bihar, India, baru-baru ini.
Kecurangan itu terbongkar selepas penduduk kampung menangkap wanita itu dengan kekasih gelapnya itu berdua-duaan di dalam sebuah rumah. Ketika kejadian, suami wanita itu keluar bekerja. Penduduk terbabit kemudian memukul kekasih wanita itu, dan menahan pasangan berkenaan sementara menantikan si suami pulang. Media tempatan melaporkan penduduk yang berang bertindak menghalau pasangan itu keluar dari kampung mereka. Bagaimanapun, suami wanita itu dikatakan menghalang tindakan berkenaan. Dia juga mengambil tindakan di luar jangka apabila membawa isteri bersama 'kekasih gelapnya' itu ke kuil, untuk dikahwinkan.
Alasannya, dia tidak boleh menghalang isteri bersama lelaki yang dicintainya hanya kerana wanita itu sudah berkahwin. Kisah itu mendapat perhatian selepas satu video memaparkan insiden itu tular di media sosial. Rakaman video menunjukkan kekasih itu melakukan 'upacara penyatuan' di hadapan orang ramai. Lelaki itu, memakai singlet putih dengan mata yang kelihatan bengkak, menyapukan pottu(tanda merah) pada dahi kekasihnya ketika wanita terbabit menangis teresak-esak. Tidak pasti sama ada air mata wanita itu adalah air mata kerana bahagia atau malu dengan apa yang berlaku. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ketambangkang replied at 13-7-2023 07:40 AM
masa dia bawak bini dia gi kuil aku bayangkan ada lagu saspen tamil plus pergerakan ala boomerang be ...
kucingitam replied at 13-7-2023 09:29 AM
laki tarik tangan bini, jalan slow motion sambil tgn sebelah lagi pegang hujung kain.. hahha...
nolya replied at 13-7-2023 02:13 AM
Wow! gentleman suami ni. Tapi bagi orang India, suami isteri lum cerai, boleh ke isteri kawen dgn o ...
ADVERTISEMENT