KUALA LUMPUR: Kira-kira 75 peratus daripada remaja di Malaysia dikesan pernah menonton video atau melihat gambar pornografi, sekali gus berisiko terjebak dengan gejala seks bebas dan dijangkiti penyakit kelamin.
Pensyarah di Jabatan Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan UKM, Prof Madya Dr Noor Azimah Muhammad, berkata dalam satu kajian akademik yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2021 mendapati, kebanyakan yang terbabit adalah remaja lelaki dan terjebak ketika seawal persekolahan menengah lagi. Lebih membimbangkan, beliau berkata, remaja ini dikesan melakukan aktiviti tidak bermoral itu apabila diberi peluang menggunakan internet di rumah secara bersendirian. "Menonton pornogarafi ini menyebabkan sebahagian daripada remaja kita mengalami ketagihan yang boleh menyebabkan mereka berisiko melakukan seks bebas dan mengalami jangkitan penyakit kelamin seperti human immunodeficiency virus (HIV) dan siflis.
"Ia terjadi apabila tiada pemantauan dari ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja dan tiada di rumah," katanya, dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Dr Noor Azimah berkata, pelajar yang menonton video lucah biasanya akan mengamalkan aktiviti seks bebas sejurus melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. "Terdapat kes seorang pelajar lelaki mengakui menonton lebih 200 video pornografi sehari semata-mata untuk memuaskan keinginan seksualnya. Seterusnya pelajar ini terdedah kepada masturbasi (masturbation)dan akhirnya mengamalkan aktiviti seks bebas ketika menuntut di kolej," katanya. Katanya, hampir kesemua remaja ini mengamalkan seks tidak selamat, tanpa kondom atau pencegah kehamilan dan 40 peratus daripada kes HIV baharu adalah membabitkan remaja. "Ketagihan seksual bermula sejurus aktiviti seksual berlaku. Setelah berasa seronok melakukan aktiviti seksual, mereka ingin melakukannya sekali lagi. Keinginan ini akan berterusan dan berulang-ulang," katanya. Kata Dr Noor Azimah, kajian pada pada 2013 terhadap 988 pelajar kolej, mendapati 10 peratus pelajar kolej pernah melakukan aktiviti seksual manakala lima peratus pula sangat aktif melakukan perbuatan itu. "Umumnya, aktiviti seksual yang dilakukan oleh remaja adalah berisiko tinggi, dengan mereka cenderung untuk bertukar-tukar pasangan, mengamalkan homoseksual iaitu seks sesama jantina atau biseksual iaitu seks sesama sendiri atau berlainan jantina, tidak menggunakan kondom atau pencegah kehamilan dan di bawah pengaruh alkohol atau dadah. "Dapatan yang hampir sama dapat dilihat dalam Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan 2017 iaitu 7.3 peratus remaja berumur 13 hingga 17 tahun pernah melakukan seks seawal usia kurang dari 14 tahun dan lima peratus aktif melakukan seks," katanya. Tambahnya, penggunaan internet dan media sosial memudahkan lagi remaja untuk mendapatkan video atau gambar pornografi tanpa dapat dikesan oleh ibu bapa. "Perbuatan ini disokong dengan adanya kemudahan wifi sama ada di rumah sendiri atau sesetengah premis yang mana remaja tidak perlu mengeluarkan duit sendiri. "Hubungan antara media sosial, pornografi dan aktiviti seksual jugabersifat linear. Jiwa remaja yang sentiasa ingin mencuba menyebabkan mereka memilih untuk melakukan amalan terlarang itu," katanya. Justeru, Dr Noor Azimah berkata, tanggungjawab adalah di bahu ibu bapa yang perlu memainkan peranan utama iaitu menyingkirkan perasaan malu untuk memberikan pendidikan seksual kepada anak mereka di rumah. "Antara topik yang perlu dijelaskan kepada anak adalah apakah itu seks, seks berisiko, komplikasi seks bebas, jangkitan penyakit kelamin dan kehamilan tanpa di rancang. "Ibu bapa juga sering menggunakan istilah hubungan kelamin. Namun begitu, remaja mungkin keliru definisi istilah ini dengan istilah seks. Carilah ilmu mengenai perkara itu kerana tiada orang lain yang boleh melakukannya melainkan ibu bapa itu sendiri," katanya. -CARI Sumber: Berita Harian
|
ifanonline replied at 12-7-2023 04:06 PM
cuba tanya dr noor azimah ni samada suami dia suka tak jilat kelentit dia?
gideoncross replied at 12-7-2023 05:54 PM
Jejantz Mulayu Melesia mmg bnyk cmtu, sbb tu kat FB klau psl prmpuan, dorg yg sllu mansplain. Cam ch ...
Perwira2022 replied at 13-7-2023 06:51 AM
Perjuangan begitu lama PH untuk menegakkan budaya hidup sex bebas semakin menunjukkan kejayaan.... T ...
Tinot7 replied at 12-7-2023 05:59 PM
Rasanya kaum lain pun sama tapi kita tatau sbb tak berinteraksi dgn deme sgt..
midori888 replied at 13-7-2023 09:05 AM
Perkara biasa...bdk remaja zaman 80-90an dulu pun sama jer cuma skrg nie lebih mudah dpt access nak ...
juruterra replied at 13-7-2023 08:52 AM
tak heran dgn ketagihan porn ni, ex iols dulu jaman2 susah nk access internet penuh je video2 blue k ...
Weller replied at 12-7-2023 06:36 PM
ayat ngarut zaman belajar dulu
budak lelaki yang tak pernah tengok porn adalah rare.
hudalarva replied at 12-7-2023 06:17 PM
zaman serba serbi easy access to internet... tak perlu nak terkejut sangat lah... parents busy kerja ...
ADVERTISEMENT