CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ain Edruce Dan Johan Jadi Pengacara ABPBH35, Meletup Ke Tidak?

12-7-2023 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2907| Komen: 41

Ain Edruce menyifatkan ianya bagai bulan jatuh ke riba apabila diberi tanggungjawab untuk mengendalikan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke- 35.

Menurut Ain, 32, hasrat mengacarakan ABPBH timbul sejak mula aktif dalam bidang pengacaraan, beberapa tahun lalu.


"Saya sudah lama bercita-cita untuk mengacarakan ABPBH kerana ini adalah acara yang cukup berprestij.

"Bila tawaran datang, saya anggap diri sangat bertuah kerana ia adalah satu pencapaian yang cukup besar," katanya kepada BH Online .

Foto: Berita Harian

Pada malam kemuncak yang bakal berlangsung pada 21 Julai ini, pengacara I Can See Your Voice Malaysia musim kelima ini bakal digandingkan dengan penyampai radio Hot FM, Johan.

Sementara itu, Johan, 32, menyifatkan tugas mengendalikan malam kemuncak ABPBH 35 sebagai satu tanggungjawab yang cukup besar buatnya.

"Saya teruja diberi peluang mengacarakan ABPBH 35 dan julung kali berkongsi pentas bersama Ain.

"Ini adalah satu tanggungjawab cukup besar. Ini kerana kalau nak dibandingkan, Ain sudah biasa beraksi di depan kaca televisyen kerana ada program sendiri.

"Apapun, saya berharap kolaborasi ini berjaya menghiburkan penonton pada malam kemuncak nanti," ujarnya. -CARI

Sumber:Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 12-7-2023 03:27 PM
Dah tau tu anugerah berprestij (katanyehh) so jangan nak terkinja2 nak terjerit2 sangat ok? Annoying tau suara serak2 macam fran drescher tapi gigih nak menjerit.
Quote rayna_raynes 12-7-2023 03:28 PM
Memang tak tengok lah aku kalau pompuan mulut speaker ni jadi pengacara
Rela tengok Lina Kepom jadi badut lg
Quote ayukpingu 12-7-2023 03:37 PM
tak minat suara serak + suara tenggelam timbul. tambah lagi dengan johan, lawak so lame..yihhhh.

we want kak lina pom pom & Aliff satar.
sorang serius, sorang kaki lawak
Quote taji2906 12-7-2023 03:45 PM
johan ni umur 32? aku ingat da nak 40
Quote kucingitam 12-7-2023 03:50 PM
mesti bingit
Quote prettyuglybabe 12-7-2023 03:51 PM
boleh tak cari pengacara macam ally iskandar cheryl samad even alif satar pun ok..
nampak la majlis bijak sikit..
Quote kikilala_comei 12-7-2023 03:57 PM
mesti boring. lagi lagi pengacara pompuan tu...

abpbh pun dah tak best. sejak undi online ni.
nampak sangat artis yang tercalon undi diri sendiri...
Quote aammyy 12-7-2023 03:58 PM
Belum apa2 lagi aku dah rasa bingit
Quote dudaberhias 12-7-2023 04:00 PM
johan ok la jugak walaupun menyampah sebab mulut laser... iols still tak boleh move on dari ingat dia bahan ogy dalam anugerah abpbh jugak kot dulu2... ahahahah memang padan la masa tu...

tapi si ain tu elok jaga laki sheols je lah... memang tak best dia mengacara... lawak semua tak sampai... setaraf shihah zikir je sheols mengacara...

lagi best kak lina kepom meskipun gediknya tu kadang2 over sangat serupa macam kena siram air coway panas oleh si bainon..

Quote irvene 12-7-2023 04:00 PM
taji2906 replied at 12-7-2023 03:45 PM
johan ni umur 32? aku ingat da nak 40

eh tak lah. typo tu. johon 39 tahun
Quote anony-mous 12-7-2023 04:03 PM
ayukpingu replied at 12-7-2023 03:37 PM
tak minat suara serak + suara tenggelam timbul. tambah lagi dengan johan, lawak so lame..yihhhh.

we ...

Betul. Suara dia alahai x sesuainya utk program mcm ni. Kena menjerit baru keluar suara. X sedap utk didengar. Sakit telinga. Antara lain sheol x sesuai jd DJ.
Quote supernaturalee 12-7-2023 04:15 PM
dudaberhias replied at 12-7-2023 04:00 PM
johan ok la jugak walaupun menyampah sebab mulut laser... iols still tak boleh move on dari ingat di ...

ffm sister

ajer giler johan bahan ahkak dek non
bkn la x blh melawak
tp lawak dia tu kurang ajar



Quote dudaberhias 12-7-2023 04:19 PM
supernaturalee replied at 12-7-2023 04:15 PM
ffm sister

ajer giler johan bahan ahkak dek non

khennn... tapi acik ogy pun masa tu membongak dan mendiva gila kaka kan...

jadi iols rasa masatu johan pun tak puas hati dengan dia... sebab lawak2 dia tu nampak sangat terlampau personal...

tahu2 la acik ogy tu perangai macam mana kan...



Quote anilanil 12-7-2023 04:20 PM
ayukpingu replied at 12-7-2023 03:37 PM
tak minat suara serak + suara tenggelam timbul. tambah lagi dengan johan, lawak so lame..yihhhh.

we ...

Yes, absolutely correction. We want kak lina pompom & alif satar.
Quote Perawankota 12-7-2023 09:45 PM
Sorg terpebih bingit, sorg lagi buat lawak sendiri gelak..
Quote Hoola 12-7-2023 10:13 PM
Edited by Hoola at 12-7-2023 10:14 PM

urghhh
xsangka forumer pun ada xsuka pngcara pmpuan
ingt poojaan rkyt jelata all hi profile dia dpt eg melodi too
bila pengacara pmpuan cakap je nnti,achik nk mute
sorry..xminat ..terkinja2 over
Quote Lampuled 12-7-2023 10:22 PM
prettyuglybabe replied at 12-7-2023 03:51 PM
boleh tak cari pengacara macam ally iskandar cheryl samad even alif satar pun ok..
nampak la majlis  ...

Yer la suka Cheryl samad tu..cantik and bijak.
Hari tu ada nmpk keluar story pasal dia. Anak dh 3. Rasanya dh jadi taitai, aman2 je focus family jer skrg ni.
Quote siza71 13-7-2023 12:35 AM
Meluatnya 2 ekoq ni jd pengacara abpbh. Dah la anugerah ni pun makin sendu, tmbah pulak si lawak bodo&pompuan bingit ni jd pengacara, mmg ke laut la nmpk gayanya majlis ni...
Quote Nozot 13-7-2023 12:43 AM
Dah penaja pun produk oem, host pun sekadar mampu je la..tiber laki jah buat kemunculan menyanyi mau terkejut semua orang

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.103171 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top