CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Buat Detailing Kereta Dedah Perangai Sebenar T20- "Kita Pakai Honda Hari-Hari Tunjuk Streng,Orang Kaya Nak Tunjuk Ferrari Pun Malu"

12-7-2023 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4155| Komen: 76

Seorang individu di laman sosial merungkai sifat sebenar golongan berada.

Menurut Muhammad Imran, hobinya yang suka membuat 'detailing' kereta (pembersihan dan membaik pulih bahagian luaran mahupun dalaman) memberinya peluang untuk mengenali ramai individu daripada golongan berada atau T20.


"Saya ni masih belajar. Hobi saya ialah detailing kereta. Jadi bila cuti semester, saya akan ambil part-time detailing kereta.

"Tak pernah terfikir nak cari pendapatan sampingan. Sebab ia sekadar hobi. Customer pertama yang saya dapat pun tak pernah minta, jumpa melalui kenalan. Orang kaya. Tak tahu la T20 ke apa. Dia ada koleksi kereta mewah.

"Jadi setiap cuti semester, saya akan ke rumahnya untuk detail kesemua keretanya. Dia puas hati dengan hasil kerja saya. Jadi dia recommend pada kawan-kawan se'level'nya untuk ambil khidmat saya," kongsinya membuka cerita.


Foto: mStar


Meskipun pada awalnya dia agak keberatan menerima tawaran memandangkan kereta yang dimiliki bakal pelanggannya berharga jutaan ringgit, namun dia memberanikan diri kerana diberi kepercayaan.

"Mula kenal mereka, saya rasa rendah diri sangat. Yela kita bukan sesiapa, dapat customer yang high level.

"Tapi mereka layan saya sebaik mungkin. Menghormati saya. Saya sangat menghargai layanan mereka. Patutla makin kaya. Sebab jenis tak riyak dan sombong," katanya.

Siapa sangka, keputusan yang diambil memberikannya pengalaman serta pengajaran yang amat berharga.

"Customer baik muda dan tua. Apa yang saya dapat dari pengalaman saya ini ialah, orang yang betul-betul kaya, tak pernah minta kurang.

"Bila dia bayar, dia expect kerja tip top. Kalau kerja tak tip top, dia takkan maki atau apa-apa, tak marah pun. Cuma itu sajalah kali terakhir dia ambil servis kita.

"Mereka tak kedekut ilmu, saya bebas bertanya bermacam-macam soalan dan minta pandangan, mereka rancak bercerita.

"Saya banyak bertanya pada customer hal ehwal ekonomi, politik, perkahwinan, perbankan dan macam-macam lagi. Saya suka bertanya dan belajar dari orang hebat," kongsinya lagi.

Satu perkara yang benar-benar membuka matanya adalah sikap dan perwatakan golongan yang digelar T20 ini sama sekali tidak seperti yang selalu dipamerkan di media sosial.

"Boleh dikatakan kesemua customer saya tak pernah ambil gambar dan video kereta, post di media sosial, baik tua atau muda.

"Saya lihat sendiri. Sebab saya ada add mereka di Facebook. Mereka ni pakai McLaren, Porsche, Ferrari, Lamborghini, Aston. Kita pakai Honda hari-hari up story tunjuk stereng.

"Saya pernah bertanya pada mereka ni, kenapa tak post di media sosial untuk kongsi hobi pada orang ramai.

"Jawapan mereka, mereka malu. Sebab mereka kata, post atau share di media sosial pakai Ferrari, ada lagi orang kaya pakai lebih dari Ferrari. Jadi mereka rasa malu nak kongsi," katanya, berkongsi cerita.

Tambahnya lagi, mentaliti golongan 'kayangan' ini juga dilihat agak berlainan daripada orang biasa atau kebanyakan.

Perkara ini dapat dilihat melalui cara komunikasi yang mana mereka lebih banyak mendengar daripada bercakap.

"Lifestyle mereka biasa-biasa saja. Nak kata over limit, tiada. Tak pernah pula nampak mereka beli Starbucks atau apa-apa. Beli Nescafe 3 in 1 je bancuh sendiri. Kita yang kerja gaji minimum ni lunch Starbucks.

"Isteri orang kaya, saya lihat tak ada handbag mewah. Ataupun rantai emas di tangan. Yang saya nampak gelang silver dan cincin. Itu sahaja," katanya berdasarkan pemerhatian.

Malah anak-anak golongan ini juga tidak sombong ataupun 'poyo' dan tidak terlalu menunjukkan kemewahan meskipun bergelar anak orang berada.

"Bila kita lihat dekat media sosial sekarang, dengan jenis tayang kereta, tayang emas, rumah, duit. Banyak buat saya refleks diri.

"Orang yang mewah pun ala kadar, kau dan aku yang secebis ni acah-acah pulak. Bukan duit yang melambangkan kedudukan sosial kita. Tapi mentaliti.

"Bila mentaliti elok, automatik nampak bijak dan berpendidikan waima kau kerja tukang kebun sekali pun. Mentaliti dan common sense," kongsinya lagi.

Dia akhirnya membuat kesimpulan selepas bekerja dengan ramai individu kaya.

"Saya banyak belajar daripada mengenal golongan kaya, profesional dan high level ni.

"Yang buruk tu ada, tapi tolak tepi. Saya ambil yang baik sahaja. Surround yourself with high quality people," katanya.

Warga maya yang membanjiri ruangan komen turut bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan individu tersebut.

"Pendek kata bersikaplah bak resmi padi semakin berisi semakin tunduk.

"Memang biasa dengar, orang-orang kaya biasanya sangat positif, inspiring dan merendah diri. Mereka berkembang dalam kalangan mereka dan tak ada nak sibuk-sibuk atau mengata hal orang.

"Pernah juga jumpa dekat tempat kerja. Yang kerani berlagak semacam, yang bos pula humble," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 12-7-2023 02:44 PM
Betul sesangat tu dik...org kaya x kan bgtau depa kaya...senyap2 saja...
Quote JunkMail 12-7-2023 02:46 PM
Macam aku lah tu... Ada Rolls-Royce Royce Phantom bagi drebar je pakai. Aku naik kapcai pun cukup...
Quote Simunggu 12-7-2023 02:52 PM
samalah mcm aku....tak nak aku sebok share
Quote hareeeesah 12-7-2023 02:53 PM
White gold & diamonds acik rasa tu dik bkn silver.
Quote copy_paste 12-7-2023 02:58 PM
borak dgn golongan kaya ni lain cara diorg,
diorg borak ada isi,ada fakta ada ilmu,kita ni borak asik teori konspirasi,xpun pasal ilmu bebal
Quote Samerosie 12-7-2023 02:59 PM
hareeeesah replied at 12-7-2023 02:53 PM
White gold & diamonds acik rasa tu dik bkn silver.

Platinum  chuols.
Quote ChildrenOfBodom 12-7-2023 02:59 PM
Ferrari ja? Acik2 kepam forum lagi kaya kot.

- Acik kepam forum, 23 Zulhijjah 1444H

Quote _blackbird 12-7-2023 03:17 PM
setuju dengan artikel ni. dgr tu mek yanti jalang kertu asnaf miskin tersangkak @Bipolajourney pelahap roti canai beli cerek hutang perabis duit bantuan oku, kalau asnaf miskin tak payah beriya nak buktikan diri tu tak asnaf sampai sanggup menipu. ios 12 buat je cara ios 12, tak perlu edit jadi 15.7.7 ko tau tak ios 15.7.7 tu iphone 7 jaa pong. utk jaman now mmg level asnaf lettewwww



Quote exclusive_vvip 12-7-2023 03:17 PM
Bila dia citer tang lifestyle mcm over memuji la pulak..takpun dia main hentam cakap..mcm la ko tau pulak diorg x order Starbucks ke apa..ntah2 utk jamu ko, diorg bancuh nescafe 3 in 1 tu..part handbag bini ongkaya tu, ntah2 ko yg x kenal brand mewah2 ni..pdhal kot bini dia tgh pakai authentic YSL ICARE, ko ingat guni apa gamaknya..
Quote matamata 12-7-2023 03:18 PM
Org yg generalized mostly org kaya tu belagak sebenarnya belum pernah jumpa orang kaya...honest aku ckp...
Quote ifanonline 12-7-2023 03:22 PM
media sosial menyebabkan tumbahnya penyakit 'ain' dlm diri sendiri...daripada hang pa kena jangkit penyakit ain, lebih baik henti main media sosial...tiada manfaat satu sen pun
Quote Jamil_Abu 12-7-2023 03:37 PM
itu old money dik.. dah bergenerasi kaya! so dorang mmg ada sikap bijak dan humble mcm padi yg ko citer tu..

beza dgn new money ni.. bukan setakat kereta, spender LV kalau ada pun dia nak tunjuk! sebab otak dorang senteng sikit.. luaran t20, otak b90!! gituhhh hahaha
Quote hareeeesah 12-7-2023 03:53 PM
Samerosie replied at 12-7-2023 02:59 PM
Platinum  chuols.

Haaaa platinum sekali. gold dorg ada gold bar, gold fonder timbang kilo tu celah mata pun dorg x heran
Quote wannoorazlina 12-7-2023 03:58 PM
yg selalu menunjuk ni set2 ponder haprak..
gi beli kasut LV pun buat video..
pastu mesti ada video acah2 keluar kereta..
paling best tayang duit kertas kepuk2 dgn emas gundu2..
Quote VespaSilbe 12-7-2023 03:59 PM
Macam pernah ku baca artikel ini.. udah lama.. recycle balik ker
Quote OshinDaSolja 12-7-2023 04:05 PM
orang kaya elitist mereka ada class... mostly kerja professional or ada company listed dkt Bursa Malaysia bukan founder2 caprut timbang kilo beli pukal dri China lepas tu buat labelling saja... it's a different status and of course la class pun lain... yg menunjuk ni asalnya bukan dari org yg ada class,, mostly orang2 marhaen je yg tak biasa hidup mewah
Quote imanjannah 12-7-2023 04:05 PM
VespaSilbe replied at 12-7-2023 03:59 PM
Macam pernah ku baca artikel ini.. udah lama.. recycle balik ker

ye.. dah lama dulu.. keluar balik
Quote vespa_oren 12-7-2023 04:19 PM
mcm acik forum dalam forum ini x cukup kaya pula bila baca post ini
Quote newyork 12-7-2023 04:21 PM
Silver bukan silver tu..platinum mcm chopard .

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.228169 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top