Sebuah keluarga yang berasal daripada Kampung Berhala Lima, Limbat diuji dengan masalah kemiskinan sehingga anak-anak mereka terpaksa ponteng sekolah kerana tidak mampu untuk menyediakan wang saku.
Ketua keluarga itu tidak mempunyai pekerjaan tetap dengan hanya mengambil upah mengecat rumah dan memperoleh pendapatan lebih kurang RM50 sehari manakala isterinya juga memperoleh RM60 sehari sebagai tukang cuci. Difahamkan, anak sulung dan kedua masing-masing di sekolah menengah dan sekolah rendah tidak dapat ke sekolah kerana mereka tidak dapat memberikan wang saku. Walaupun anaknya mendapat bantuan rancangan makanan tambahan (RMT) tetapi mereka tidak dapat menahan lapar kerana mempunyai kelas fardhu ain pada waktu petang. Keluarga tersebut memberitahu bahawa mereka mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM700 sebulan, namuna wang tersebut tidak mencukupi kerana dia perlu membeli susu dan lampin pakai buang anak-anak yang masih kecil. Mereka juga kini tinggal di taman perumahan terbengkalai dan kemungkinan terpaksa berpindah ke rumah kosong yang juga terbengkalai kerana rumah didiami sekarang telah dibeli orang. Sumber: Kisah Dunia
|
FOTHER-MUCKER replied at 12-7-2023 03:15 PM
Muka seperti melayu thai.
Hairan saya warga Indonesia senang senang boleh dapat RM3k sebulan bekerj ...
prettyuglybabe replied at 12-7-2023 04:16 PM
anak ramai pun susah ke..
kata anak tu rezeki..
cerita biasa dari kelantan..
krustykrab: Tk pyh la gi kelas fardhu ain ...
ADVERTISEMENT