CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bila AF15 Tak Menghilang Atau Merajuk- Ada Je Menyanyi Di Kenduri Kahwin Dan Majlis Korporat, Jadi Penyanyi Latar Wings

12-7-2023 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1324| Komen: 12

Bila AF15 menafikan dakwaan dia sudah 'hilang' dari industri muzik tanah air selepas program realiti Akademi Fantasia (AF) berakhir.

Bila atau nama sebenarnya, Nur Najmi Nabila Samsaidi, 27, berkata, dia masih memenuhi undangan persembahan seperti majlis perkahwinan mahupun pihak korporat ketika ini.


Foto: IG

"Selepas program AF15, saya juga ada lagu ketika bersama dalam AF dan bergerak sendiri dalam bidang nyanyian.

"Saya tidak hilang atau merajuk dengan industri muzik sebaliknya banyak berada di belakang tabir sebagai penyanyi latar kumpulan Wings," katanya kepada RAP.


Bila yang juga anak pemain bass Wings, Eddie berkata, dia tetap menyimpan impian untuk mencipta nama sebagai penyanyi di arena muzik tanah air.

"Saya tidak pernah putus asa untuk mencipta nama sebagai penyanyi dan sentiasa mendapat sokongan daripada daddy dan arwah mummy sejak dulu.

Pada masa sama, saya juga merancang bangkit semula untuk membina nama dalam karier nyanyian tahun ini," kata pemenang tempat ketiga AF15 itu.



Mengenai pembikinan album baru pula, kata Bila, dia merancang untuk muncul dengan album mini yang memuatkan enam lagu.

"Sebagai penyanyi pastinya saya mahu ada album penuh atau album mini yang juga kepuasan sebagai penyanyi. Album itu masih dalam proses lagi dan lagu juga sudah ada. Lima lagu adalah hasil ciptaan seorang rakan dan satu lagu pula ciptaan saya sendiri," katanya.

Menurut Bila, bukannya dia tidak mahu mendapatkan khidmat komposer terkenal tapi belum dapat peluang sedemikian.


"Album mini ini juga dihasilkan dengan duit saya sendiri. Insya-Allah, jika ada rezeki, ia dijangka siap tahun ini. Saya juga tidak bernaung di bawah mana-mana pengurusan selepas AF15 dan mengalu-alukan jika ada pihak syarikat yang berminat untuk membantu menguruskan karier nyanyian," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kerjaya sebagai penyanyi latar Wings pula, kata Bila, dia selesa bergerak dengan kumpulan rock legenda itu.


"Saya memang selesa menjadi penyanyi latar Wings kerana daddy juga ada dalam kumpulan itu. Pada masa sama, semua anggota kumpulan itu sudah dianggap seperti bapa sendiri. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ahriman 12-7-2023 12:27 PM
Suara sheols sedap tpi tu la...
Quote sleepandream 12-7-2023 01:47 PM
wahhhhh nyanyi dekat wedding2....
eksklusip noks....
selevel dengan dayang gituhhhhhh
Quote pembacagosip 12-7-2023 02:24 PM
betul suara dia sedap
mcm nadeera tu juga la
cuma susah dpt tempat kat industri
Quote dudaberhias 12-7-2023 02:26 PM
berbakat tapi tu la di zaman 2023 ni orang berbakat hanya akan popular di balik tabir macam penyanyi lagu ost, soundtrack etc...

kalau depan2 kaca TV mestilah yang herlokkk sahaja yang betul2 akan popular...
contohnya retis2 kpop tu... berbillionzzz views yach sebab herlokkk walaupun masing2 menyanyi macam binatang... tapi tu la iols pun salah sorang penyumbang ribu2 views tu... sebab herlok so iols kena la selek...

Quote HoneyManjer 12-7-2023 02:31 PM
aku dok baca bila bila bila mcm apabila tu...konpuis mak...haishhh
takpe la dek...
janji ko dapat carik rejeki tak merempat menagih
Alhamdulillah
Quote kucingitam 12-7-2023 02:49 PM
HoneyManjer replied at 12-7-2023 02:31 PM
aku dok baca bila bila bila mcm apabila tu...konpuis mak...haishhh
takpe la dek...
janji ko dapat ca ...

hahaha sama...
Quote dekmieDandy 12-7-2023 02:56 PM
penyanyi eksklusif la ni, banyak job wedding
Quote supernaturalee 12-7-2023 04:23 PM
untung la blh selalu jumpa awie


Quote aammyy 12-7-2023 04:29 PM
Edited by aammyy at 12-7-2023 04:32 PM

Kita tak mcm Hollywood lagi. Lizzo tu bg I beshe2 je tapi sebab nak tunjuk dorang ni woke dan menerima semua orang sama rata, dorang accept her into the music industry. Itu belum lagi cerita kalau dorang ngaku LGTV lagi cepat naik. Pdhl straight. Yg mana terlajak straight, sokong puak2 ni dgn agenda tersendiri utk stay relevan. Sorry rasa mcm OT pulak.

Anyway, dik. Gitu la di Malaysia ni. Tengok je la penyanyi2 overweight dan jugak rupa tak berapa nak siap. Walaupun suara sedap, susah nak naik. Arwah Adibah Noor tu nasib pandai speaking boleh berlakon dgn Arwah Yasmin Ahmad, lagu Terlalu Istimewa tu la ulang2 takde lagu baru. Bob mesra tu harapkan job kat rtm. (Betulkan kalau I salah).
Quote nw111 12-7-2023 06:50 PM
Ya Allah...AF ni ada sampai 15 ke...last aku tgk yg ada mawi tu je...
Quote rosedemon 13-7-2023 09:07 AM
ko groom la sikit bdan ko dek baru dpt tmpat kat industri ni
Quote capwayang 13-7-2023 09:13 AM
..beghatnya bibirku untuk berbicara. Meluahkan cinta ini. Kerna takut dikecewa. Walaupun ku sungguh sayangkan dirimu. Demi hatiku yang rapuh..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.058560 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top