Madrid: Polis menyiasat penemuan mayat kanak-kanak yang mungkin berumur antara dua dan tiga tahun tanpa kepala di pantai di Sepanyol. Portal Mirror UK melaporkan, mangsa ditemukan di pantai di pusat peranginan Costa Dorada di Roda de Bera, di wilayah pantai timur Tarragona.
Difahamkan, pekerja pembersihan menjumpai mayat itu. Pekerja itu memaklumkan penyelianya yang kemudian bertindak menghubungi polis. Selain kepala, mayat berkenaan juga ditemukan tanpa anggota badan lain. Ia dipercayai dihanyutkan ke pantai berkenan dan mangsa kemungkinan meninggal dunia akibat lemas. Susulan kejadian, polis mengepung kawasan itu dan memindahkan penduduk tempatan dan pelancong ke kawasan lain. Ia bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan di kawasan berkenaan. Sementara itu, Datuk Bandar Roda de Bera Pere Virgili dipetik dalam akhbar tempatan sebagai berkata, mangsa mungkin berada di atas bot pelarian yang terbalik di Laut Mediterranean.
"Ingin dimaklumkan bahawa mayat kanak-kanak berusia dua hingga tiga tahun ditemukan di pinggir pantai di pantai Costa Dorada. Sementara itu, pihak berkuasa masih belum memberi kenyataan rasmi mengenai kejadian itu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
di pantai di pusat peranginan Costa Dorada di Roda de Bera, di wilayah pantai timur Tarragona
ADVERTISEMENT