CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kesian Pekin Ibrahim, Kereta GR Yaris Kansai Terbalik ‘Total Lost’ Dilenjan Rakan

12-7-2023 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5843| Komen: 41

Remuk hati Pekin Ibrahim namun terpaksa reda apabila GR Yaris Kansai D1 Edition miliknya yang baru tiba dari Jepun ‘total lost’ selepas terbabit kemalangan, baru-baru ini.

Jelasnya menerusi hantaran video di TikTok, kereta berkenaan dipandu rakannya, Amirul.




"Tiga orang masa kejadian, abang Arif yang duduk di sebelah pemandu, Faiz duduk belakang Tiga-tiga selamat, Alhamdulillah.

"Adalah yang patah bahu, cedera tu ada tapi ketiga-tiganya selamatlah. Jadi kita doakan diorang cepat-cepat sembuhlah," ujarnya.

Meski terkilan dengan kejadian, pelakon itu meminta wargamaya menghentikan segala khabar angin yang mendakwa mereka berlumba sehingga menyebabkan kemalangan hingga ada yang meninggal dunia.



Katanya, dia dan rakannya akan berbincang mengenai penyelesaiannya selepas mereka semua sembuh nanti.

Di penghujung video, suami kepada pelakon Mona Allen itu sempat menitipkan pesanan supaya sentiasa berhati-hati memandu di jalan raya.

Difahamkan, kereta jenis GR Yaris Kansai D1 Edition milik Pekin itu mendapat sentuhan istimewa oleh pemilik Kansai Service di Jepun dan baru sahaja tiba di Malaysia lebih kurang seminggu yang lalu.




Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan keadaan kereta Toyota GR Yaris milik Pekin yang mendapat sentuhan istimewa oleh pemilik Kansai Service di Jepun, terbalik selepas terbabit kemalangan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apech 12-7-2023 10:59 AM
Kawan jenis miskin.. dah tau tak de duit pegi bwak keta tak tentu hala buat apa
Quote LaskarHijayu 12-7-2023 11:02 AM
apech replied at 12-7-2023 10:59 AM
Kawan jenis miskin.. dah tau tak de duit pegi bwak keta tak tentu hala buat apa

Tahnya. Lenjan beria bwk lelaju sampai terbalik keta kawan tu. Baru smgu dpt kot. Haihhhh
Quote vanillaninja 12-7-2023 11:08 AM
So betul ke kereta ni heols punya? Ummah Twitter kata kereta kawan heols nama Haris, D1 Motorsport?
Quote apech 12-7-2023 11:09 AM
vanillaninja replied at 12-7-2023 11:08 AM
So betul ke kereta ni heols punya? Ummah Twitter kata kereta kawan heols nama Haris, D1 Motorsport?

pulokk. Keta sape sebenarnya ni?
Quote vanillaninja 12-7-2023 11:14 AM
apech replied at 12-7-2023 03:09 AM
pulokk. Keta sape sebenarnya ni?

Semua comment yang kata ni kereta Pekin mamat tu jawab ni bukan kereta Pekin. I dari tak tau sape Haris D1 Motorsport terus I tau
Quote dudaberhias 12-7-2023 11:16 AM
apech replied at 12-7-2023 10:59 AM
Kawan jenis miskin.. dah tau tak de duit pegi bwak keta tak tentu hala buat apa

khennn... dan satu lagi si pekinpam tu pun sama apa ke bengap bagi kawan bawak kereta...
mujur kereta tu design dia buruk jadi bila jadi tin milo penyek gitu dalam hati kaka nak kata selayak nya lah...

tapi takpelah kita doakan yang baik2 je lah... semoga di permudahkan urusan dan di gantikan dengan rezeki yang lebih baik....


Quote apech 12-7-2023 12:08 PM
dudaberhias replied at 12-7-2023 11:16 AM
khennn... dan satu lagi si pekinpam tu pun sama apa ke bengap bagi kawan bawak kereta...
mujur ker ...

Berlumba lettew. Takut kantoi kalau tak insurans reject, lagi2 dia artis... Cepat2 dashcam sape ada rekod diorang berlumba. Insurans senyum dari jauh
Quote iolss 12-7-2023 12:09 PM
i pakai persona cabok dah 12 thn pon x koser bg org pinjam ke drive ke. jhnm kang, kita jg yg ssh.
ni dia bg gtr mmbe pinjam cmtu je.. kayoo kayooo... loan ke cash tu? pisang nk claim insurance.
Quote prettyuglybabe 12-7-2023 03:59 PM
mesti kena maki dengan kansai jepun..
tak reti bawak lain kali drive maibi haibim sudah..
ingat sport car handling pikap macam maibi auto kot..
ujung-ujung langgar pokok..
nasib baik tak langgar orang lain..
Quote supernaturalee 12-7-2023 04:17 PM
jap jap
awat yg hang kepam sgt ni bang


Quote OshinDaSolja 12-7-2023 04:44 PM
selamanya pun iollz takkan bg orang pinjam keta iollz walaupun keta bajet marhaen je...no no.. ni dh la keta limited edition ekau bg org pinjam, seronok la org tu lenjan smpai hancuss... lain kali akal kasi guna... bukan ikut ckp org...
Quote salimrock 12-7-2023 04:48 PM
Edited by salimrock at 12-7-2023 04:49 PM
apech replied at 12-7-2023 12:08 PM
Berlumba lettew. Takut kantoi kalau tak insurVans reject, lagi2 dia artis... Cepat2 dashcam sape ad ...


NTAH la, takkan nak tipu insurance kot, teruk sgt rosak nya
Quote salimrock 12-7-2023 04:51 PM
dia pn dlm arena motosport...

ni mesti kawan2 pinjam nak test keta ni...


kalo dah mampu beli keta sport buat hobi, berada la tu...

sib baik takde mangsa orang lain...

kalo cam ni keta mesti bawak kereta cm di sampuk syaiton

* maaf syaiton kerna fitnah hang lagi....
Quote sailormars 12-7-2023 06:02 PM
kawan dia pun...dh tau bukan harta sendiri...bawak2 la sedar diri...
hadap betul dgn harta org nampaknya smpai jahanam gitu sekali
Quote slyfynx 12-7-2023 06:09 PM
Kete iols ialah manual, so ramai x nk pinjam sbb getik nk tekan clutch.
So sape2 nk pinjam iols just cakap kete iols manual.
Quote DeLuna85 12-7-2023 06:16 PM
Kete baru sampai. Kawan pula nak kata sakai tgh cedera pula. Ganti rugi la
Quote newyork 12-7-2023 06:45 PM
Benda mahai2 jgn bg kawan pinjam la..lantak la kata haji bakhil ke apa..
Quote _kelly 12-7-2023 06:50 PM
redha apa..saman je la
Quote pearl.silver 12-7-2023 06:55 PM
Dulu pernah dok layan utube pekin n mona. Best gak tgk diorg sejiwa pasal kereta. Patutla mona yg cantik bole kawen dgn pekin.
Masa tu sampai i rasa nk beli vw golf sebiji, bg pekin recond balik. Cam best je bawa kereta ekzos kentot2 gitu kt kg i ni

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.217486 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top