Seorang lelaki diberkas polis pada Selasa selepas isterinya mendakwa dia dipaksa berpakaian seperti bintang porno. India Today melaporkan, kejadian yang berlaku di New Delhi, India itu menyaksikan seorang wanita mendakwa suaminya sangat ketagih terhadap pornografi yang menjadi punca dia dipaksa memakai pakaian seksi.
Wanita berusia 30 tahun itu juga menuduh suami dan keluarga mentuanya sering menuntut mas kahwin selain mengganggu mental serta fizikalnya. Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis, Rohit Meena berkata pihaknya telah menerima laporan berkenaan kes itu pada Selasa. Kes tersebut kini sedang berada diperingkat awal siasatan. Kenyataan saksi sedang direkodkan, bukti digital dan lain-lain bukti disimpan untuk tindakan lanjut berhubung kes ini. Sekadar info, pasangan tersebut telah berkahwin pada 2020. -CARI
|
plywood replied at 12-7-2023 02:45 PM
kenapa pulak dia tak mau. bukannkah lebih baik suami dia fantasi bini dia... dari porno dlm video ba ...
ADVERTISEMENT