“Tiada istilah kekok kerana saya dan Jihan berkawan." Demikian tegas Elly Mazlein, 42, mengenai hubungan baiknya dengan Jihan Muse. Menurut Elly atau lebih mesra disapa Kak lina, mereka saling memberi sokongan dan membalas mesej sekali gus menafikan hubungan mereka dingin seperti didakwa beberapa pihak. "Walaupun saya pernah menggantikan tugasnya sebagai pengacara program Gegar Vaganza bersama Nabil kerana Jihan mengandung ketika itu, tidaklah sampai kami bermasam muka. “Kami tiada masalah apa-apa, kami juga saling mengirim mesej antara satu sama lain,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. Pertama kali diberi tanggungjawab mengendalikan pentas program realiti Big Stage musim kelima bersama-sama Rina Nose, Kak Lina lega kerana keadirannya diterima sangat baik oleh penonton. “Apapun saya bersyukur kerana kehadiran saya dan Rina diterima baik oleh penonton.
“Susah sebenarnya menggalas tanggungjawab untuk menggantikan tempat pengacara sebelum ini. Jadi apabila kita diterima oleh penonton, kami sangat gembira,” tambahnya. Sumber: Utusan
|
imransulaiman replied at 11-7-2023 10:02 PM
Siapa pengacara sebelum dia? (aku tak layan big stage...sorry)
rayna_raynes replied at 11-7-2023 11:02 PM
Takde job dah la Sherry lepas ni, Elly dh caras semua
dudaberhias replied at 11-7-2023 11:02 PM
tapi hantu gigi mengacara tak best... confirm hambar jah...
kaka team kepom walaupun sheols gedik s ...
bottombikini replied at 12-7-2023 07:25 AM
apa kes dia dgn si jihan
kalo tak takkan tiber ada story neh
MatDeghem replied at 12-7-2023 07:41 AM
Tapi sekarang big stage dah tak nampak BBNU....bila si kepom jadi host.
Big stage seharus nya tu ...
ADVERTISEMENT