Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa kesal selepas menyaksikan sendiri anak perempuannya, Ameena Sofia yang ditolak oleh seorang kanak-kanank lelaki ketika berada di sebuah taman tema kanak-kanak, baru-baru ini.
Memuat naik rakaman video di TikTok, kanak-kanak tersebut menolak Ameena kerana ingin bermain sebuah permainan di situ. Namun, apa yang membuatkan aktres itu kecewa adalah sikap ibu kanak-kanak lelaki tersebut yang turut berada di situ dan bermain dengan anaknya namun membiarkan saja insiden tersebut berlaku. “Ketika saya sedang rekod, ini yang terjadi kepada Ameena. This one boy tolak Ameena untuk main benda tu tanpa rasa bersalah. Saya pandang dia tapi hanya diam. Apa yang buat aku sedih bila mak dia ada disitu, ikut dia, dan main dengan dia, sementara aku terpaksa tengok apa yang korang tengok dalam video ni.” tulisnya.
Memberi penegasan mengenai dirinya yang tidak mendidik anaknya itu untuk bergaduh atau merebut sesuata benda yang bukan miliknya, Shakilla turut menitipkan pesanan kepada para ibubapa untuk mendidik anak-anak mereka mengenai adab sesama manusia. “Dear parents, sila ajar anak-anak kalian ADAB dengan sesama manusia. Too sad looking at kids yang so rude dan tiada budi bahasa. Not even belajar untuk say sorry or thank you or excuse me. No!! "Suka ke anak-anak dibenci? Suka ke anak-anak dipulau? Suka ke anak-anak yang comel dilayan dan dijauhi kerana sikap dan silap parents?" katanya lagi. Sumber: Murai
|
kerani_je replied at 11-7-2023 10:20 PM
Dah diri hang x mau ajar jgk ke adab? Sila ajar diri sendirik adab dgn laki org..Jgn terlebih mesra ...
kiwibenz replied at 11-7-2023 10:31 PM
Spill please
doubleA replied at 11-7-2023 11:41 PM
Banyak kali iols play video tu, siapa tolak?
ADVERTISEMENT