Program realiti adaptasi Korea Selatan iaitu Real Men Malaysia: Wira Merah yang bakal menemui penonton setiap Ahad bermula 30 Julai pada pukul 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) akan menampilkan pelakon dan pengacara Jasmine Suraya dan Hawa Rizwana.
Berbeza dengan versi Korea Selatan, Real Men Malaysia: Wira Merah bakal memperlihatkan kesemua peserta menyertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalani latihan padu dan dapat sebagai anggota bomba bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai tugas sebenar sebagai seorang ahli bomba yang bukan sekadar bertugas memadam kebakaran. Selain Jasmine dan Hawa, enam lagi peserta terlibat adalah atlet negara dalam sukan speed climbing iaitu Mat Redho, pempengaruh media sosial Arieff Yong, pelawak Shashic, model Eric Lay, pengacara Daniel Cheng dan pelakon Wafiy Aan. Dalam pada itu, Jasmin atau Jasmine Suraya Chian Xian Mei, 34, berkata, penyertaannya dalam program realiti tersebut membuatkan dia sedar semangat juang yang kuat terdapat dalam diri.
“Saya gembira dapat menyertai program ini dan sebenarnya tidak menyangka saya mempunyai semangat juang yang tinggi. “Baru saya sedar apabila manusia itu menghadapi rintangan, kita tahu sebenarnya kita mempunyai semangat kuat dalam mengatasi sebarang halangan,” katanya. Jasmin berkongsi perkara itu ketika sidang media pelancaran Real Men Malaysia: Wira Merah yang diadakan di Balai Bomba Jalan Hang Tuah yang diadakan di Kuala Lumpur pada Selasa. Sementara itu, Hawa pula menyifatkan penggambaran selama 22 hari di Terengganu bukan sahaja memberi cabaran malah meninggalkan pengalaman manis.
|
mawardia replied at 11-7-2023 10:59 PM
Pengarah/penerbit be realistic sikit boleh tak waktu pilih pelakon. Cari pelakon yg sesuai utk sarun ...
dudaberhias replied at 11-7-2023 11:14 PM
ada yang herlok tak?
nak kecam tapi kalau ada yang herlok kaka cancel dulu kecaman...
ADVERTISEMENT