CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tayang Gambar Imbasan Bayi, Hana Ismail Dah Hamil? Da'i Syed Kata No Komen

11-7-2023 09:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2028| Komen: 17

Da'i Syed tak nak komen bila ada yang mendakwa isterinya Hana Ismail kini sedang hamil anak pertama mereka.

Kata Syed atau Syed Syah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail, 28, buat masa sekarang dia masih belum bersedia untuk berkongsi mengenai hal itu.


Foto: IG

"Belum sedia lagi untuk kongsi. Sudah tiba masanya nanti kami akan dedahkan," katanya kepada mStar.

Syed dan Hana sebelum ini berkongsi video mempromosikan produk kesihatan wanita di laman Instagram masing-masing seolah-olah memberi gambaran mereka bakal menimang cahaya mata pertama.


Di hujung video berkenaan, mereka juga menunjukkan keputusan imbasan bayi yang turut menguatkan dakwaan Hana sedang berbadan dua.

Perkongsian tersebut mengundang tanda tanya ramai selain ucapan tahniah buat mereka berdua.


"Biarlah orang terus berteka-teki," jawabnya ringkas.

Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu di Kuala Lumpur. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote youell 11-7-2023 09:30 PM
Selain soebwati... Ni satu lg couple yg sgt annoying.
Quote slyfynx 11-7-2023 09:31 PM
X yah Daie la sgt.
Panggil Syed je
Quote cmf_shya 11-7-2023 09:35 PM
Poyo..tyng tp nafi..
Quote cruz2 11-7-2023 09:39 PM
Netizen mana yg rajin dok berteka teki tu??
Quote Perawankota 11-7-2023 10:21 PM
Sesungguhnya aku geli dgn couple ni
Quote jihyomelly 11-7-2023 10:33 PM
diorg ni berjemaah dgn watek laki bini ke belambak thread diorg..
Quote suterabiru123 11-7-2023 10:56 PM
Walau gigih cuci imej ttp imej pencabul melekat disanubari iols..geli melungai
Quote dudaberhias 11-7-2023 11:21 PM
tapi cikki tu memang patut hamil awal2 sebelum menopos sebab dah tua kan..

kalau hamil pun tak herlokkkk... tu yang acik2 tak nantikan pun nyahhhh...

dah la laki pun rhoper beruk salji... keluar2 nanti rhoper san wukong jua... takkan lah zhu bajie kot yang keluar...

Quote margo20 12-7-2023 12:22 AM
No komen means bukan anak kau ke?
Quote rosedemon 12-7-2023 08:30 AM
xda sape yg kisah dekkk ank ko tu nnt bkn glmer pon mak pak cm tkinja2
Quote bulalof 12-7-2023 09:04 AM
next time kalau nak nafikan, jgn share. sebab takot2 org ingat anak tak sah taraf.
Quote mizruncing 12-7-2023 09:27 AM
mmg pegnen pon kan. tgk caption masa raya ari tu dah sesuatu. katanya tahun depan nk buat korban sekali aqiqah.. so mmg pegnen la tu. tp acah2 trpaling nk sorok. lantak korang la. tetap menyampah tgk video korang berpeluk2, trkinja2 menari tuu
Quote pembacagosip 12-7-2023 10:31 AM
dah x payah nak berteka teki
patut di senyapkan aje
Quote sweetyroses 12-7-2023 11:36 AM
Ni nak ikut macam pasangan terpaling segala benda tu ke. Bila orang tanya xnak jawab, mintak doa yang baik². Lepas tu pantang nampak kamera duk mengusap
Quote TomyamPuteh 12-7-2023 01:08 PM
Tayang gambar tp no komen. Apa punya wukong daaaa.
Quote adra5028 12-7-2023 02:13 PM
content pertama tu nampak naw fake nye..yewww..
jambang dia mmg gitu ea..apa ke hodoh naw
Quote dewi_rina 12-7-2023 02:28 PM
Dah tahu tak bersedia nak kongsi takyah la tayang adoi.. spesis kapel penunggang gitu laaa.. Tayang kaki, tayang bontot, tayang peha pastu meroyan cakap netizen menyibuk.. Dah tu simpan jela diam2

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.044001 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top