Penyanyi Shila Amzah juga sama seperti orang lain yang pernah melalui fasa hilang perasaan semangat untuk bekerja. Shila menerusi laman TikTok berkata, dia kembali bersemangat disebabkan anak lelakinya iaitu Seth Uwais biarpun mental dan fizikalnya dalam keadan penat.
“Sebagai seorang manusia, kadang-kadang Sha hilang motivasi untuk kerja. Tapi sebagai seorang mak, anak la punca untuk kita terus bersemangat walau sepenat apa pun kita mental dan fizikal,” katanya. Tunang kepada pempengaruh Ubai ini turut mendoakan agar semua ibu terus kuat demi anak-anak. “Semoga semua ibu-ibu terus kuat okay!” ujarnya lagi.
Rata-rata netizen mendoakan segala urusan Shila dipermudahkan selain turut bersetuju dengan perkongsian tersebut. Untuk info, Shila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth. Shila mula dikatakan rapat dengan Ubai pada awal Februari lalu dan akhirnya mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu. Sumber: Gempak
|
makneng replied at 11-7-2023 01:27 PM
Kau kalau mcm kitaorg acik2 porem yg keje makan gaji ni bolehlah claim hilang motivasi nak keje. Man ...
prince_marhaen replied at 11-7-2023 09:30 AM
Bukan untuk anak je kan....chuols kena kerja tanggung family biawak, ayah biawak kuat berhutang, adi ...
Miawlover replied at 11-7-2023 03:47 PM
Ada terbaca kat tweet ckp pak lalat ni scammer MLM, ramai org kg dh terkena smpi abis epf pun ada. ...
ADVERTISEMENT