Ernie Zakri mula berkecimpung dalam industri nyanyian apabila berjaya merangkul gelaran juara dalam program Bintang RTM pada tahun 2009. Dia juga merupakan seorang guru vokal dan kelas vokal anjurannya mendapat sambutan baik daripada orang ramai termasuk rakan artis.
Lebih membanggakan, Ernie pernah tercalon dalam anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Industri Muzik dan banyak lagi. Bukan sekadar tercalon, Ernie juga berjaya merangkul anugerah vokal terbaik, lagu terbaik dan pelbagai pencapaian hebat lain.
Menurut XTRA, Ernie berkongsi beberapa perkara yang ramai tak tahu tentangnya! “Saya suka bagitahu Syamel saya nak merajuk dulu. Maksudnya, saya akan cakap ‘B saya nak merajuk, dia kan okay B merajuklah. Saya nak bagitahu siap-siap supaya dia tahu kenapa saya moody satu hari.” Selain itu Ernie adalah orang yang sangat sensitif.
“Saya seorang yang penyedih. Saya seorang yang sangat sangat sensitif. Tengok gambar kucing pun boleh nangis, tengok gambar anak pun boleh nangis mungkin sebab dah jadi ibu-ibu” Setiap orang mesti ada tabiat yang boleh dianggap pelik. Macam Ernie dia kongsi dia suka berangan sebelum tidur.
“Sebelum tidur saya kena berangan dulu. Untuk buatkan saya tidur, saya akan berangan ‘Ernie Zakri next five years buat apa? Esok Ernie Zakri macam mana nak lalui hari-hari. Saya planning sendiri dalam kepala sampailah tertidur." -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|