Respons padu penyanyi baharu Saixse terhadap segelintir netizen yang sering menjadikan bibirnya sebagai bahan tawa mereka mencuri tumpuan netizen. Malah, ada juga yang mendakwa dirinya sengaja membuat bibirnya dan mempunyai ulser.
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Saixse menerusi sebuah hantaran di TikTok. Dalam perkongsian tersebut, pelantun lagu Malampagi itu turut bertanya kepada kawannya untuk membuktikan bahawa bibirnya itu adalah tulen dan tidak dibuat-buat. “Dia orang cakap bibir aku ada ulser. Nampak, dia orang ingat aku buat bibir aku. Ni bukan injection tau,” katanya.
Perkongsian tersebut meraih pelbagai respons netizen bahkan ada juga yang terus mengejek bibir penyanyi tersebut. Sumber: Xtra
|
AnnaMarrytta replied at 11-7-2023 03:27 PM
cane nk sebut nama dia ni
ADVERTISEMENT