CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Campak Plastik Selepas Pura-Pura Kutip Sampah Demi ‘Content’

11-7-2023 02:32 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 799| Komen: 2

Canberra, Australia: Seorang wanita di Australia menjadi sasaran  kecaman  kerana berpura-pura mengutip sampah di tepi pantai demi memuat naik kandungan di laman  sosial, lapor laman berita News.com kelmarin.


Apa yang menjadi kemarahan ramai adalah wanita dipercayai pesohor media sosial itu bertindak meninggalkan beg plastik sampah selepas rakaman berakhir.


Berdasarkan video yang tular, seorang wanita berambut perang dilihat mengutip sampah-sarap di tepi pantai sambil memegang beg plastik berwarna hitam.

Aksinya dirakam seorang rakannya dari jarak dekat dan dalam masa sama, aksi mereka berdua dirakam individu lain dari jauh.

Selepas ‘berlakon’ selama beberapa saat, wanita itu melepaskan beg plastik yang dipegangnya dan menari sebelum beg tersebut dibiarkan di atas tanah.

Rakannya dalam masa sama menamatkan rakaman sebelum mereka berdua berlalu dari situ.


Seorang saksi yang turut menyaksikan insiden itu didengari menjerit ke arah mereka sambil berkata: “Anda meninggalkan beg itu di situ. Anda berpura-pura mengutip sampah, saya memerhatikan anda berdua,” kata individu tersebut.

Kata-kata itu bagaimanapun tidak dipedulikan dengan  kedua-dua wanita berkenaan terus berjalan meninggalkan lokasi kejadian.

Video itu menjadi tular dan menerima kecaman ramai yang mengkritik aksi berpura-pura wanita berkenaan.

“Bagaimana untuk menunjukkan kepada dunia bahawa anda mengambil berat akan alam sekitar, bahagian satu. Pastikan rakan anda merakam gelagat anda. Bahagian dua, raikan ‘lakonan’ bertaraf anugerah Oscar itu dengan melakukan tarian yang teruk,” kata seorang netizen secara sinis. – Agensi 


Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 11-7-2023 06:46 AM
Apa la salahnya gi buang terus
Teruknya perangai
Quote ally9970 11-7-2023 11:22 AM
Ahli politik Malaysia yg kutip sampah kat PD, tak buat mcm ni kan?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.151728 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top