Guangdong, China: Seorang wanita ditahan kerana cuba menyeludup lima ekor ular di dalam bajunya. Portal berita India.Com melaporkan wanita itu ditangkap oleh pegawai kastam di wilayah Guangdong, China ketika menyeberangi sempadan di Pelabuhan Futian di Shenzen.
Beberapa pegawai di sempadan curiga kerana bentuk badan tubuh wanita tersebut begitu pelik lalu mengarahkannya menjalani pemeriksaan badan secara menyeluruh. Ketika menjalani pemeriksaan, mereka menemui lima ekor ular hidup yang dibalut dengan stoking yang disorokkan di bahagian dada wanita berkenaan. Kesemua reptilia itu diserahkan kepada jabatan yang berkaitan. Difahamkan, reptilia yang cuba diseludup oleh wanita berkenaan adalah ular jagung (corn snake). Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT