CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Tahan Dua Lelaki Bawa 30,000 Biji Pil Kuda

10-7-2023 10:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 289| Komen: 1

Kota Bharu: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga Thailand dan merampas 30,000 biji pil kuda bernilai RM300,000 di tepi jalan Kampung Padang Licin Gual Periuk, Rantau Panjang pada Ahad.


Ketika kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan mendapati sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih dalam keadaan mencurigakan.


Dadah yang dirampas dalam sebuah kereta di tepi jalan Kampung Padang Licin Gual Periuk, Rantau Panjang pada Ahad.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, menyedari kehadiran polis, dua lelaki yang berada dalam kereta tersebut cuba melarikan diri.


Bagaimanapun katanya, kedua-dua suspek berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan.


"Pemeriksaan lanjut di dalam kereta yang dinaiki dua lelaki terbabit menemui satu bungkusan plastik berwarna hitam dan di dalamnya terdapat dadah," katanya melalui kenyataan pada Isnin.


Menurut beliau, ujian saringan awal urin mendapati lelaki warga Thailand positif dadah jenis methapethamine manakala lelaki tempatan mempunyai tiga rekod jenayah lampau.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952," katanya.



Sumber: Sinar Harian




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 10-7-2023 10:47 PM
Kuda xde kaki.


Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.034973 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top