CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misbun Kecewa Malaysia Mudah Diratah Thailand

10-7-2023 10:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 400| Komen: 1

Petaling Jaya: Ketua jurulatih perseorangan remaja negara, Datuk Misbun Sidek kecewa selepas anak buahnya tersingkir daripada suku akhir acara berpasukan campuran Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2023 di Jogjakarta, Indonesia hari ini.


Malaysia yang memenangi kesemua tiga perlawanan di peringkat kumpulan gagal menampilkan prestasi sama ketika berdepan penyandang juara, Thailand di peringkat suku akhir apabila tewas 0-3.


Paling mengecewakan, dua orang anak buahnya, Eogene Ewe dalam acara perseorangan lelaki serta Ung Yi Xing dalam perseorangan wanita beraksi di bawah prestasi sebenar apabila tewas kepada lawan masing-masing.



Eogene tewas kepada Wongsup Wongsup-in 21-17, 17-21, 17-21 selepas bertarung selama 57 minit, manakala  Yi Xing gagal untuk menyaingi Saraporn Sombutwatthannanukool dengan keputusan 15-21, 9-21.


Terdahulu, beregu lelaki muda negara, Low Han Chen-Chong Jie Yu akur tunduk kepada pasangan Thailand, Tanakorn Meechai-Fungfa Korpthammakit dengan keputusan 20-22, 16-21.


“Kami mengharapkan Eogene untuk memenangi mata buat pasukan, tetapi lawannya mempamerkan perlawanan yang lebih bagus. 


“Strategi kami untuk menurunkan Ung Yi Xing pula disebabkan kita menjangkakan Thailand akan menurunkan perseorangan wanita terbaik mereka kerana rekod sebelum ini memihak kepada Yi Xing.


“Tetapi Thailand meletakkan pemain perseorangan wanita kedua mereka pula dan ia menjadi perlawanan 50-50 kerana kedua-dua pemain ini tidak pernah bertemu sebelum ini. Tambahan sebelum ini, Yi Xing bermain dengan baik di peringkat kumpulan,” jelasnya.


Situasi ini meletakkan Misbun dalam situasi cukup genting memandangkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah pun memberi kata dua terhadap pengendali berusia 63 tahun ini untuk memperbaiki kedudukan skuad muda negara susulan kegagalan tahun lalu di Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Santander, Sepanyol.


“Realitinya, para pemain tidak mencapai tahap permainan yang diharapkan. Kekalahan ini sesuatu yang mengecewakan. Kami ingat kami mampu untuk memberikan saingan sengit buat Thailand berdasarkan aksi kami di peringkat kumpulan,” tambah Misbun.


Malaysia berpeluang menebus kekecewaan ini apabila acara individu bakal membuka tirai pada Rabu.



Sumber: Utusan




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 11-7-2023 09:38 AM
Macam takraw dah.. Inikan pula badminton..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.695343 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top