CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Lasem Resah Diganggu ‘Pocong’, Rumah Diketuk Waktu Malam

10-7-2023 09:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1184| Komen: 10

Jakarta: Penduduk di Lasem, Rembang, Jawa Tengah dikecohkan dengan penampakan pocong dan rumah mereka sering diketuk secara misteri pada waktu malam.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Desa Sumbergirang dan Desa Jolotundo.


ANGGOTA polis berkawal bersama penduduk kampung berikutan penampakan pocong di Lasem, Jawa tengah. - AGENSI

Namun, ada juga penduduk yang berpendapat, penampakan pocong itu sebenarnya dilakukan oleh manusia yang sengaja ingin menakutkan penduduk setempat.

Jelas mereka, berdasarkan maklumat yang dikumpul, beberapa saksi memberitahu, pocong itu kelihatan seperti ‘tidak selesa’ dan ‘pandai berlari’ apabila dikejar penduduk kampung.

“Kami tidak dapat tidur nyenyak setiap malam, ditambah pintu rumah kami sering diketuk, apabila dibuka, tiada siapa di luar.

“Malah, ada penduduk kampung membakar pokok pisang mereka selepas mendakwa sering ternampak pocong di situ,” ujar Widodo.


Sementara itu, polis Lasem mengesahkan mereka sudah menerima laporan mengenai kejadian itu dan penduduk kampung minta mereka menjaga keselamatan di waktu malam.

“Polis meminta semua penduduk kampung supaya tidak panik kerana dibimbangi boleh mencetuskan insiden yang tidak diingini.

“Polis akan siasat jika benar kejadian yang berlaku di dua kampung itu disebabkan oleh entiti mistik atau manusia yang tidak bertanggungjawab,” kata jurucakap polis.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 10-7-2023 09:56 PM
ada sejenis peranti yg di namakan cctv atau kamera rakaman tertutup..

Quote ketupatnasi 10-7-2023 09:59 PM
Pastu mmg ada sejenis burung warna biru - hitam paruh panjang yg suka patuk2 pintu mcm org ketuk pintu..

Kijaang la asek nak pitnah setan
Quote pisanggoreng 10-7-2023 10:11 PM
kat youtube byk prank jadi pocong kat yendon,..
Quote CiliPadiSedap 10-7-2023 11:15 PM
Ubat pocong mudah je letak gambar friska dekat pintu rumah. Pocong ke toyol ke semua takut nak lalu
Quote OshinDaSolja 10-7-2023 11:41 PM
ssah nk percaya klau kisah hantu seberang ni...takut prank je lebih...
Quote delsmomm 11-7-2023 07:52 AM
pocong boleh keluarkan tangan ke nak ketuk pintu..
Quote KamikuP 11-7-2023 09:25 AM
Itu pocong caprut namanya
Quote plywood 11-7-2023 09:28 AM
Edited by plywood at 11-7-2023 09:30 AM

kalau dah sampai menyusahkan masyarakat begini kau tembak sahajalah...  ini prank dah tak sedar diri menyusahkan orang
Quote malarky 11-7-2023 09:48 AM
pisanggoreng replied at 10-7-2023 10:11 PM
kat youtube byk prank jadi pocong kat yendon,..

ye ada tapi aku rase macam fake je, tak nampak macam prank pun. sebabnya, kalau dilihat betul betul macamana tempat yang dirang nak prank tu terang benderang dengan lampu, siap gantung lampu kat dahan poko pun ada, tu la sebab aku kata bende tu fake.
Quote B40tastePosh 11-7-2023 09:53 AM
Dulu di Kabupaten Sabak Bernam, Kacamatan Sabak.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.168223 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top