CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rugi RM3.14juta Ditipu ‘Profesor’, Anna

10-7-2023 09:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 571| Komen: 3

Shah Alam: Dua lelaki termasuk seorang doktor pakar swasta mengalami kerugian keseluruhan lebih RM3.14juta selepas terjerat dalam pelaburan mata wang kripto dan saham tidak wujud.

Kedua-dua mangsa berusia 57 dan 68 tahun masing-masing ditipu selepas mengenali suspek menerusi aplikasi Linkedin.


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kes pertama melibatkan doktor pakar sebuah hospital swasta yang telah membuat laporan polis di daerah Ampang Jaya dengan memaklumkan telah berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya Profesor Kim So Young yang konon warga Korea.

Hussein Omar Khan

Katanya, suspek kemudiannya telah menawarkan mangsa menyertai pelaburan dikenali Trading Crpytocurrency dan mangsa telah mendaftar melalui sebuah laman sesawang selain membuat akaun pelaburan.

“Mangsa kemudiannya telah melakukan 55 kali pindahan wang dalam talian ke 37 akaun bank berbeza yang diberikan suspek bagi tujuan membeli mata wang USD untuk ditukarkan dalam mata wang kripto.


“Keseluruhan wang yang dipindahkan berjumlah lebih RM2.09 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, kes kedua melibatkan pesara jurutera yang terpedaya dengan suspek dikenali Anna dengan ditawarkan menyertai pelaburan saham dan dibawa masuk ke dalam sebuah kumpulan aplikasi WhatsApp iaitu “1 Year 10 Times Wealth Club”.

Jelas Hussein, mangsa telah membuat bayaran deposit sebanyak 19 transaksi berjumlah lebih RM1.05 juta selepas memuat turun aplikasi bernama PSLUS.

“Kesemua transaksi itu dilakukan dalam lapan akaun bank yang berbeza sejak 16 Jun hingga 2 Julai lalu. Kedua-dua mangsa menyedari ditipu selepas akaun pelaburan tidak dapat lagi diakses selain perkhidmatan pelanggan tidak menjawab pesanan mangsa,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya denga iklan-iklan pelaburan, saham yang ditawarkan dalam talian yang dikatakan menawarkan pulangan keuntungan yang besar dalam masa yang singkat. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 10-7-2023 11:17 PM
Lagi susah ekonomi lagi tamak manusia.

Dalam kesusahan ekonomi or poket kena tenang. Tenang not greedy.

Dah tenang keputusan tak akan terburu buru dan tamak

Scammer ada kt mana2.
Quote KamikuP 11-7-2023 09:27 AM
Doktor yg bijak pandai pun terkena yaachh.. bodo itu tak mengenali T20 hatta b40 ya cuolls
Quote anony-mous 11-7-2023 09:29 AM
Mcm menarik plak. Xde ke nk recruit iols tipu doc2 ni lumayan tu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.325166 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top