CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PERKESO Terengganu Keluar Kompaun RM24,500 Kepada 14 Majikan

10-7-2023 09:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 604| Komen: 1

Kuala Berang: PERKESO Terengganu mengeluarkan kompaun terhadap 14 majikan dengan nilai keseluruhan RM24,500 dalam Ops Kesan Kebangsaan kali ke-14, di sekitar bandar ini, hari Ini.

Pengarahnya, Farihah Che Husin, berkata Ops Kesan yang diadakan secara bersepadu membabitkan Pejabat PERKESO Dungun dan Kemaman serta Jabatan Tenaga Kerja ( JTK), PDRM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibuat bagi mengesan majikan yang gagal mendaftar perusahaan dan pekerja selepas tempoh Ops Bulan Pemutihan berakhir 31 Jun lalu.


Farihah (kanan) dan Mohd Nasir (tiga kanan) ketika menyertai Ops Kesan di sebuah kedai menjual perabot di Kuala Berang. - Foto NSTP/Zaid Salim

Dalam operasi itu, 62 majikan diperiksa dan 14 daripadanya membabitkan kedai makan, kedai menjual perabot, alat pertukangan dan stokis dikenakan kompaun.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan 427 majikan di empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Marang, Setiu dan Hulu Terengganu yang dikesan masih belum mendaftarkan perusahaan serta pekerja dengan PERKESO.


"Jumlah itu berdasarkan jumlah premis yang dilawati dalam Ops Bulan Pemutihan pada Mei dan Jun lalu iaitu 1,194 premis," katanya yang mengetuai Ops Kesan di sekitar bandar ini selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Ops Kesan di Wisma Perkeso, di Kuala Terengganu, hari ini.

Turut sama dalam operasi itu, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Terengganu, Mohd Nasir Ab Rajab.

Dalam pada itu beliau berkata, rakan strategik JTK turut mengeluarkan kompaun terhadap empat syarikat membabitkan lapan kesalahan.

Kesalahan itu adalah membabitkan kontrak perkhidmatan, tidak lapor pekerja asing, tiada slip gaji, tiada perakuan penginapan dan tidak patuh gaji minimum.


SUmber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 10-7-2023 09:48 PM
kejor kpi ke tuh….

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.036048 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top