CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Maut, MPV Terbakar Selepas Bertembung Lori

10-7-2023 09:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 676| Komen: 9

Jerantut: Seorang warga emas maut, manakala empat lagi termasuk bayi lima bulan cedera parah, dalam kemalangan di Kilometer 12, Jalan Jerantut-Maran, dekat Sungai Salan, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.


Kemalangan dipercayai berlaku selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora gagal memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan lori dan terbakar.

Seorang warga emas meninggal dunia, manakala empat cedera parah dalam kemalangan di KM 12, Jalan Jerantut-Maran. NSTP/ Amir Hamzah Nordin

Warga emas berusia 83 tahun yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan Proton Exora itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan, berkata hasil siasatan mendapati kenderaan MPV yang dipandu suri rumah berusia 25 tahun bersama empat penumpang dipercayai sekeluarga beralamat di FELDA Gelanggi Satu, dekat sini.

"Pemandu kenderaan MPV dipercayai gagal memotong sebuah kenderaan di hadapannya menyebabkan bertembung dengan lori jenis Isuzu.

"Akibat kemalangan itu, MPV terbabit terbakar keseluruhannya selepas berlaku pelanggaran, kesemua mangsa di dalam kenderaan itu berjaya dibawa keluar oleh orang awam," katanya melalui kenyataan, di sini hari ini.

Mazlan berkata, empat mangsa yang cedera parah termasuk bayi berusia lima bulan dirawat di Hospital Jerantut.

"Kemalangan disiasat mengikut bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987. Mayat mangsa akan dibedah siasat," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blue_blur 10-7-2023 09:35 PM
sebenarnya, boleh je kereta yang depan dia tu brek sekejap bagi laluan masuk, tapi sebab semua berdasarkan undang2 manusia, dia takkan bersalah dan dia berhak untuk tak bagi ruang masuk,maka ni terjadi....

tak rugi pun break kejap 5 saat bagi dia masuk..... memang salah exora tu, tapi kalau ada toleransi sebelah pihak lagi, boleh je elak ni terjadi...

kita pun kadang2 drive macam hantu kan? jadi apa salah kadang2 bagi driver lain pulak drive macam hantu, mengalah je la kalau da nampak melibatkan nyawa....
Quote scidbu 11-7-2023 01:03 AM
Ada video ke?
Quote Carcosa 11-7-2023 02:47 AM
Berani laaaa housewife ni motonggg. Adui la. Meols ni ambik lesen mandu, habis SPM, sampai ketua ni hah drive. Tapi takut kalau drive jalan dua hala ni. Takut nak motong. Biorler di ketawa kan kereta lain. Biorler di ketawa kan org2 dlm kereta. Bior. Yg penting aku selamat, nyawa org2 dlm kereta aku selamat, especially nyawa anak aku. Kereta aku ada airbags, anak aku duduk carseat dekat blkg passenger, family members Aku yg seat blkg pun pakai seat belt. Tapi tetap aku tak motong.
Ini, Exora? Berani ye kau . Dahla baby kecik lagi.
Meols geleng kepala je lah. Nak tegur, kang dimarahi. So meols balas, suka kau lah. Kubur kau.
Quote slyfynx 11-7-2023 05:20 AM
blue_blur replied at 10-7-2023 09:35 PM
sebenarnya, boleh je kereta yang depan dia tu brek sekejap bagi laluan masuk, tapi sebab semua berda ...

*brake
break tu rosak/pecah
Quote Buritan 11-7-2023 08:20 AM
blue_blur: sebenarnya, boleh je kereta ya ...
Carcosa: Berani laaaa housewife ni moto ...



Bagus sikap hang.. aku pujiiii...
Quote Buritan 11-7-2023 08:21 AM
Carcosa replied at 11-7-2023 02:47 AM
Berani laaaa housewife ni motonggg. Adui la. Meols ni ambik lesen mandu, habis SPM, sampai ketua ni  ...

Bagus sikap hang . Aku pujiiii
Quote Buritan 11-7-2023 08:23 AM
blue_blur replied at 10-7-2023 09:35 PM
sebenarnya, boleh je kereta yang depan dia tu brek sekejap bagi laluan masuk, tapi sebab semua berda ...

Tp aku kan terus trg ckp.. kalo yg bwk melulu nii mmg aku pdnkan ajooo.. Kita bwk elok elok.. ikut peraturan dtg dia nak himpittt . Mmg aku hangin.. so mmg aku yg hati hitam ni mmg tak kesian pd yg bwk rupa babi tungggalll....
Quote blue_blur 11-7-2023 08:41 AM
slyfynx replied at 11-7-2023 05:20 AM
*brake
break tu rosak/pecah

oh tak perasan... ya bro...  
Quote blue_blur 11-7-2023 08:42 AM
Buritan replied at 11-7-2023 08:23 AM
Tp aku kan terus trg ckp.. kalo yg bwk melulu nii mmg aku pdnkan ajooo.. Kita bwk elok elok.. ikut ...

dah tau full load kereta, nak memotong juga kenapa, lagi2 cuti sekolah..... van alphard tu pun laju2 full load mana stabil jalan bengkang bengkok kat pahang tu...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.041347 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top