CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kita Bentang Karpet Merah Dari Lapangan Terbang Sampai Ke Hotel Jika Benar Ada Individu Mahu Melabur Rm500 Bilion Di Langkawi'

10-7-2023 09:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1479| Komen: 18

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mendedahkan butiran pelabur yang didakwanya mahu melabur sehingga RM500 bilion di Langkawi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata jika dakwaan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu benar, ia bakal mencipta sejarah dan rekod baharu buat Malaysia.



"Anda tahu tak, dalam sejarah pelaburan, jumlah pelaburan diluluskan tertinggi ialah RM309 bilion setahun. Sejak Malaysia merdeka sampai sekarang, tak pernah ada pelaburan tinggi sampai RM500 bilion. Masa Dr Mahathir jadi Perdana Menteri pun, tak pernah ada pelaburan diluluskan setinggi itu.

"Kena ingat juga, RM309 bilion ini adalah jumlah keseluruhan pelaburan yang dihimpunkan dari pelbagai sumber, bukan dari satu pelabur saja dan pelaburan ini adalah untuk seluruh Malaysia dan bukan hanya di satu lokasi.


"Jika betul ada satu pelabur sanggup labur sampai RM500 bilion di Langkawi saja, ini bakal jadi rekod baharu di Malaysia," katanya dalam satu penjelasan menerusi video di Facebook beliau hari ini.

Sebagai menteri yang menjaga pelaburan, Tengku Zafrul berkata, andai benar dakwaan pelabur ini wujud, kerajaan akan mempermudahkan kemasukan pelaburan ini.

"Saya tak kisah siapa yang membawa masuk pelaburan itu sama ada Dr Mahathir, kerajaan atau pembangkang, sebab kalau pelaburan masuk, yang terima manfaat adalah rakyat.

"Jadi, saya nak minta jasa baik Dr Mahathir kongsi butiran pelabur ini. Sedangkan pelabur nak melabur juta-juta pun kita sambut dengan tangan terbuka, inikan pula nak labur RM500 bilion, memang kita bentang karpet merah dari lapangan terbang sampai ke hotel," katanya.

Dr Mahathir pada satu program bual bicara anjuran Proklamasi Orang Melayu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Sabtu lalu, mendakwa berjumpa dengan pelabur yang berhajat melabur RM500 bilion di pulau peranginan popular itu, namun tidak mendedahkan individu berkenaan.

"Ada orang yang nak melabur mereka jumpa saya, mereka kata nak melabur di Pulau Langkawi sebanyak RM500 bilion, tetapi katanya tak ada menteri yang sudi jumpa dengan dia.

"Selain itu, ada juga seorang lagi datang jumpa saya cakap nak melabur, tetapi tak ada layanan (juga). Jadi sebenarnya bukan orang tak nak (datang melabur). Orang nak tetapi kerana tak ada layanan, mereka pergi ke Indonesia, Vietnam dan Filipina," dakwa Dr Mahathir seperti dipetik dalam laporan media.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 10-7-2023 09:45 PM
Dah mcm nak beli pulau plk smpi 500b. Nak buat apa kat Langkawi smpi 500b tu? Forest city ker? Hehe
Quote Dovahkiin 10-7-2023 09:48 PM
Isap gam ke atuk ni?
Quote batmana 10-7-2023 10:15 PM
500 billion rupiah agaknya..
Quote Apoo 11-7-2023 12:17 AM
Biasa la orang tua2 ni. Selalu exaggerate. Atuk dulu kena jalan kaki ke sekolah, naik bukit. Pergi balik.

Atuk pernah makan setengah biji biskut sebulan sebab tiada duit.

Dengar boleh, nak percaya sorry la Atuk.
Quote AbukRokok 11-7-2023 12:28 AM
Dana dari deepstate CIA kot.
Maklumlah raja raja dunia sembah ratu memberi anugerah umpama imam mahadi
Quote Rogue98 11-7-2023 12:35 AM
Tu duit Atok kat luar negara lah tu ....nak bawak balik Malaysia. Elon Musk kut....kan dia nak jumpa PMX ... Hahaha.
Nak korek apa lagi kat Langkawi tu....pi la labur kat kelantan...dah gang dgn Pas.
Quote esteryen 11-7-2023 03:03 AM
Rogue98 replied at 11-7-2023 12:35 AM
Tu duit Atok kat luar negara lah tu ....nak bawak balik Malaysia. Elon Musk kut....kan dia nak jumpa ...

takkan la duit atok, takkan la byk camtu kot.
Quote FOTHER-MUCKER 11-7-2023 03:51 AM
Adalah melabur untuk kutip sampah
[youtube]jEwNe22dbeU[/youtube]




Quote MissYouSayang 11-7-2023 04:17 AM
Budusnyeh muntri sekoq ni. Tun m ckp 500 million jah tp heols dgr 500 bilior...budus mcm madanon
Quote melekaifc 11-7-2023 08:59 AM
FOTHER-MUCKER replied at 11-7-2023 03:51 AM
Adalah melabur untuk kutip sampah

jeti lgbtq ke tu

Quote kucingitam 11-7-2023 09:06 AM
harga barang dah naik gais.. 500b pun kecik je nilainya..korang gak yang cakap, rm 50 pun tak penuh satu troli.. pembaris jgn reply komen aku...hahah
Quote salimrock 11-7-2023 09:07 AM

asap ganja phuket masuk ke langkawi..atuk high


500 billion tu 5000 juta tau...
Quote batu kikir 11-7-2023 09:23 AM
500 billion rupiah
Quote OshinDaSolja 11-7-2023 02:07 PM
500 billion tu better bagi dekat bank negara dan gunakan untuk intervene markets... borong ringgit dlam skala besar dan hopefully rate akan meningkat balik dengan major currencies dan juga currency jiran...lepas dh beli ringgit simpan as reserved dan limitkan amount yg boleh trading dkt market...cara ni kita boleh reduce speculation dan currency attack... bila bnyk ringgit kena lelong dkt pasaran tu lah puncanya nilai dia jatuh... nk best lg tak payah trading lngsung dkt market...mana2 investor nk msuk kena pkai USD, tourist pun sama... for sure method ni maybe backfire kita balik, tp at least try dulu tngok mcm mana in a short term... takkan nk tggu ringgit cecah 5 USD kot atau 4 SGD, pariah sgt dh tu
Quote dinosaurpink 11-7-2023 02:17 PM
Aiyaaaa atok sebut 500 million lah bodoh
Kau dengar dr mana jd 500 billion ni?
Quote MarryPottet 11-7-2023 02:38 PM
Edited by MarryPottet at 11-7-2023 02:39 PM

Melabur rm500mil utk bina penempatan ummah Rohingya di Langkawi serupa macam Cox's Bazar sana kah?
Quote Decaffeinated 11-7-2023 05:23 PM
dinosaurpink replied at 11-7-2023 02:17 PM
Aiyaaaa atok sebut 500 million lah bodoh
Kau dengar dr mana jd 500 billion ni?

kat mana nak dengar atuk sebut 500 million tu?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.265431 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top