CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemeriahan Acara Larian Lembu Jantan, 6 Cedera

10-7-2023 09:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 139| Komen: 0

Madrid: Perlumbaan pertama larian lembu jantan dalam Festival San Fermin di bandar utara Pamplona, berlangsung Jumaat lalu.

Deutsche Welle yang memetik laporan agensi berita utama melaporkan acara pertama itu berakhir dengan enam orang mengalami kecederaan ringan akibat terjatuh atau dipijak.


Acara popular itu, di mana sekumpulan lembu jantan berlari melalui jalan-jalan berbatu yang sempit di bandar itu, menyebabkan 16 kematian sejak 1911.


Empat pelari ditanduk dalam festival sama pada tahun lalu.

"Enam orang dibawa ke hospital" dengan kecederaan di muka atau anggota badan, jurucakap Palang Merah, Jose Aldaba memberitahu televisyen awam Sepanyol.

"Tiada kecederaan yang kelihatan serius," kata Aldaba.

Acara itu secara tradisinya bermula pada 7 Julai, dengan beribu-ribu biasanya menghadiri perlumbaan pertama.

Tahun lalu, larian lembu jantan di Pamplona disambung semula selepas tidak diadakan selama dua tahun semasa pandemik Covid-19, dengan hampir 1.7 juta orang melawat Pamplona.



Jumlah itu dijangka bertambah pada tahun ini, apabila semua sekatan Covid-19 kini ditarik balik.

Kumpulan pemandu pelancong rasmi, Destino Navarra, berkata 70 peratus daripada jumlah tempahan pada tahun ini adalah pelawat dari Amerika Syarikat dan Kanada.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.145033 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top