CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cerun Runtuh, Sebahagian Laluan Ditutup Kepada Semua Kenderaan

10-7-2023 09:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 604| Komen: 3

Balik Pulau: Sebahagian jalan mengelilingi pulau, di Balik Pulau - Teluk Bahang ditutup kepada semua kenderaan dan orang awam bermula hari ini susulan kejadian cerun runtuh.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang berkata, penutupan sebahagian laluan itu adalah sehingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.



"Penutupan ini susulan kejadian cerun runtuh akibat hujan lebat yang berlaku sejak 1 Julai lalu.

"Ia ditutup kepada semua kenderaan dan orang awam bermula hari ini sehingga diberitahu kelak bagi menjamin keselamatan," katanya dalam hantaran di laman Facebook, hari ini.

Menurut kenyataan itu, hanya penghuni dan pekebun yang tinggal di kawasan itu dibenar menggunakan laluan terbabit.

Katanya, papan tanda akan dipasang di kawasan tapak bagi panduan pengguna jalan raya.

"Diharap semua pengguna dan orang awam mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan serta memberi kerjasama.


"Pengguna dinasihati merancang perjalanan dan laluan alternatif lain," katanya.

Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi Pejabat JKR Daerah Barat Daya di talian 04-866 9040 atau laman sesawang aduan http://aduan.jkr.gov.my.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 10-7-2023 09:29 PM
Pekebun? Pekebun doyan kerrrr yg tarah hutan tanam doyan rega puaka sampai runtuh lereng tuhhh? Tak padan negeri kepulauan kecik sebokk nak rosakkan hutan dengan tanam doyan, sama spesis dgn yg jarah hutan tanam doyan kat Raub tuhhh!
Quote Perawankota 11-7-2023 01:07 AM
Aku tak suka jalan ni. Dia punya belok memang buat aku nak muntah..
Quote drivethru 11-7-2023 08:27 AM
Jalan ni mmg teruk n sempit. Pastu geng2 berbasikal tak kira masa selalu guna jalan ni. Dah menyusahkan kenderaan lain kena mengekor belakang dorang. Nak memotong mcm susah sikit sbb jalan bengkang bengkok dan sempit. Orang berbasikal ni mmg bodoh.
Tanda2 DAP nak runtuh di penang.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.563619 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top