CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Maut, Dua Parah Kereta Terbabas

10-7-2023 08:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 456| Komen: 3

Gopeng: Suami isteri maut manakala dua lagi termasuk kanak-kanak parah apabila kereta dinaiki dipercayai terbabas di Jalan Kota Bharu, di sini, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng, Noor Azhan Noor Fauzi, berkata, kemalangan membabitkan Proton Perdana dinaiki empat individu dipercayai terbabas.


KEADAAN kenderaan yang terbabit kemalangan hingga du maut. FOTO Ihsan Bomba Perak.

Katanya, pihaknya menerima panggilan pada 4 petang, sebelum anggota dari BBP Gopeng dibantu BBP Kampar digerakkan ke lokasi.

"Mangsa yang maut adalah Mohd Ramddan Abd Rahim, 44 tahun dan isteri, Kisdalliana Saad, berusia 43 tahun.

"Dua yang parah adalah wanita warga emas berusia 63 tahun serta kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Azhan berkata, Mohd Ramddan tersepit di tempat duduk penumpang hadapan dikeluarkan anggota bomba, manakala tiga lagi dikeluarkan orang ramai.


Katanya, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang parah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 11-7-2023 12:38 PM
Salam takziah. Dengar cerita baru hantar anak masuk matriks kat Gopeng.
Quote noor2 11-7-2023 12:54 PM
Ya Allah....innalillah...kesiannya anak2 yg tinggal
Quote tumpanglalu74 11-7-2023 01:13 PM




Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.060962 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top