CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Puas Hati Wanita Selamba 'Cucuk', Abaikan Pujukan Lelaki Cop Parking Di Tasik Titiwangsa

10-7-2023 07:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1797| Komen: 11

Wanita nekad mengabaikan seorang lelaki yang menjaga satu lot parkir kereta di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada petang Ahad.

Dalam kejadian dirakam kamera paparan pemuka (dashcam) itu, lelaki berkenaan pada mulanya enggan berganjak daripada petak perkir tersebut.



TikTok

Dia juga meminta pemandu wanita berkenaan mencari lot parkir lain, namun tidak diendahkan, malahan wanita tersebut berkeras meletakkan kenderaan di situ.

Situasi terbabit mencetuskan pergaduhan mulut antara dua individu tersebut kerana lelaki berkenaan mendakwa wanita tersebut akan turut melakukan perkara sama jika dia tidak menjumpai tempat untuk meletakkan kenderaannya.

"Saya tak cop langsung, saya dah cari dari tadi. Saya tak (kira)," kata wanita tersebut sambil terus memasuki petak parkir kereta dan mengabaikan lelaki tersebut.





Sementara itu, video berdurasi seminit 22 saat itu tular dan mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya berpuas hati dengan tindakan wanita tersebut.


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 10-7-2023 08:00 PM
Suara mcm.gaya tgh buat babak lakonan......tapi bagus..kena tegas..cuma takut dia calarkan kereta je
Quote Supersirap 10-7-2023 08:01 PM
Janganlah cop parking dengan sesuka hati di tempat awam
Quote hareeeesah 10-7-2023 10:15 PM
Gigih siap pgg juice mcm tu.. tp korg picnic apa hujan-hujan tu? [em:10:]
Quote ayrasafiya 10-7-2023 11:35 PM
Lagi sskjp ke? Aku sokong tindakan budak pompuan tu.
Quote HujanBatuTiga 11-7-2023 01:56 PM
Patut blur muka sbb brader tu xde la agresive maki hamun ke apa. kalau dia memaki mmg layak malukan je.
Quote antikorok 11-7-2023 02:01 PM
Dah serope puak2 kat mall cop parking. First come first serve la. Yihhhhh!
Quote faithraven 11-7-2023 02:40 PM
Risau kena calar jer kereta nanti
Quote bulalof 11-7-2023 03:07 PM
dbkl tak ronda ke kawasan tu?
Quote jazaa100 11-7-2023 03:14 PM
Geli lak aku dgr cara dia ckp....
Calarrr.....

slang mcm baru balik dari london....pdhal minah sabah jerrrr.....
Quote Decaffeinated 11-7-2023 03:25 PM
tengok jugalah yang chop parking tu muka macam mana.

berani biar bertempat, takut pun sama.
Quote Skuau 11-7-2023 03:43 PM
Edited by Skuau at 11-7-2023 03:44 PM

setelah disemak lelaki itu punya masalah mental@kuarkan kad OKU...dek....

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.039008 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top