Dakwaan menjadi orang ketiga dalam perkahwinan pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle memberi impak besar dalam kehidupan Ahrinie Ahirudin. Pelakon berusia 27 tahun itu berkata, namanya masih disebut-sebut di media sosial meskipun sudah menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan masalah rumah tangga pasangan itu.
"Saya okay tapi tak boleh nak hentikan orang yang bercakap mengenainya di media sosial, isu itu 'melekat' meskipun sudah menjelaskan kedudukan sebenar. "Hubungan saya dengan Farid tiada masalah malah pernah terserempak dengan Diana di sebuah acara dan kami okay sahaja... saya mendoakan yang terbaik buat Farid dan Diana. "Dari segi emosi memang terganggu tapi buat masa ini Alhamdulillah rezeki dalam bidang lakonan tidak terjejas disebabkan isu yang berlaku," katanya kepada mStar.
Sementara itu, Ahirine turut menjelaskan hubungannya dengan pelawak Zizan Razak tidak lebih sekadar kawan biasa selepas video mereka hadir ke sebuah perlumbaan kereta tular di media sosial.
|
ADVERTISEMENT