Isu wanita jadian atau berloceng dan seumpamanya masuk ke tandas wanita masih meleret hingga kini. Terbaru, seorang pengguna Twitter berkongsi pengalamannya beberapa tahun lalu bersemuka golongan transgender ketika menggunakan tandas wanita di Menara Berkembar KLCC. Dedahnya, dia kurang senang apabila seorang mak nyah yang agak dikenali bersama rakan-rakannya sibuk membetulkan mekap dan enggan keluar bagi memberi ruang kepada wanita yang sedang memperbaiki tudung mereka di hadapan cermin tandas. Rentetan itu, terdapat individu dikenali @hanabelie memuat naik ciapan dan meluahkan pandangan peribadinya mengenai isu tersebut dengan menyarankan muslimah di luar sana mencari tempat lain untuk membetulkan hijab mereka seperti di surau. Malah, dia menyifatkan sikap ‘dramatik’ segelintir pengguna muslimah menimbulkan rasa kurang senang penganut agama lain. Ujarnya lagi, aurat seorang wanita bukan sahaja tidak boleh diperlihatkan kepada lelaki, malah wanita bukan beragama Islam juga tidak boleh melihat aurat muslimah. Bagaimanapun, pandangannya mendapat reaksi negatif yang rata-rata meminta orang ramai menghormati pengguna tandas awam terutama golongan muslimah. - CARI
|
Radzor replied at 10-7-2023 08:55 PM
Kene tulis rules dgn jelas kat pintu tu. kene ikut gender yang ori le. Klu laki pondan masuk tandas ...
antikorok replied at 10-7-2023 09:05 PM
Realitinyerr, Mall kat tanah ayer ni KEBANYAKKAN nyer kurang mesra pengunjung Muslim. Buat surau pon ...
krustykrab replied at 10-7-2023 09:17 PM
Kalau ko nak tau..sebenarnya surau kt mall tu lagi elok dari surau/masjid di.kebanyakan tmpt. Buat ...
ADVERTISEMENT