CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syed Saddiq Saran Ubah Sistem Pemilihan Pelajar Ke Universiti Berdasarkan Keperluan, Merit

10-7-2023 07:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 244| Komen: 1

Sistem kuota pengambilan pelajar ke peringkat universiti awam disaran diubah kepada sistem pemilihan berdasarkan keperluan dan merit.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata langkah pengubahan kepada sistem itu tidak akan menganaktirikan pelajar yang datang daripada keluarga susah.



FB

"Kita faham untuk mengangkat martabat rakyat, garis permulaan itu perlu adil. Kita bukan cari kesamarataan dalam hasil tetapi kesamarataan dalam peluang," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama MUDA, Kampung Tunku di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan sistem kuota dalam kalangan pelajar ke peringkat universiti awam yang dipakai ketika ini perlu dikekalkan bagi menjamin hak istimewa orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Beliau berkata, bagaimanapun suatu pendekatan baharu bagi menjamin peluang pelajar bukan Bumiputera yang cemerlang mendapat peluang ke bidang kritikal seperti perubatan perlu dilaksanakan bagi mengelak negara terus kehilangan bakat.


Katanya, sekiranya kerajaan bertindak mengetepikan sistem kuota dan hanya mengutamakan meritokrasi dalam pengambilan pelajar universiti, maka ia boleh menyebabkan ketegangan dan isu dalam politik.

Syed Saddiq berkata, menerusi sistem pemilihan yang dicadangkan itu, faktor yang diambil kira adalah kedudukan sosial ekonomi, wilayah, ibu bapa, kokurikulum dan akademik.

"Sistem berdasarkan keperluan ini tidak hanya melihat pada agama dan bangsa. Rakyat yang akan mendapat pembelaan kerana kita tidak mahu mereka disisihkan," katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya isu kuota ini dibawa ke jawatan kuasa khas pilihan di Parlimen untuk dibahaskan dalam sifat dwipartisan.

"Perkara ini merentasi parti politik. Ia mesti dipacu oleh fakta dan data yang jelas. Puluhan tahun dasar yang sama digunakan tetapi kenapa masih ada golongan elit diberi bantuan, tetapi orang susah dan miskin ditinggalkan.

"Kita tidak mahu lagi dengar jika kamu mendapat purata gred kumulatif pada tahap 4, keputusan peperiksaan 10A+ sehingga mendapat tempat di universiti terkemuka di dunia tetapi kamu dikeluarkan daripada matrikulasi ataupun universiti awam.

"Sebab itu, masalah ini perlu diselesaikan segera," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.687904 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top