CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dibelasah ‘Penyondol’ Kerana Tularkan Perbualan Dengan Suami

10-7-2023 06:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 363| Komen: 2

Seorang wanita membelasah isteri kepada kekasih gelapnya di Lebong, wilayah Bengkulu kerana menularkan perbualannya dengan suami.

Terdahulu, Shintia Bella Syafirah, 21, bertemu dengan suspek dikenali sebagai GSA untuk menyelesaikan masalah antara mereka.



Gambar hiasan

GSA sebelumnya dilaporkan memuat naik tangkap layar memaparkan perbualannya dengan suami Shintia beserta  keterangan bertulis: “Lelaki sudah beristeri ajak berkenalan.”

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lebong, Iptu Alexander berkata, pada 15 Jun lalu, mangsa pergi menemui suspek selepas suspek memuat naik hantaran yang menjadi tular di laman Facebook.

Menurut mangsa, suaminya mengajak suspek berkenalan menerusi Facebook tanpa pengetahuannya.

Namun, suspek kemudian bertindak berkongsikan tangkap layar perbualannya dengan lelaki itu yang kemudiannya menjadi tular.


Shintia yang mendapat tahu hal itu kemudian bertindak menghubungi suspek sebelum mereka bertemu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Namun ketika bertemu, suspek membawa seorang rakannya, lalu mereka memukul mangsa sehingga mengalami kecederaan di kepala.

Kedua-dua suspek telah ditahan oleh polis selepas tiga minggu melarikan diri.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelapaparut 10-7-2023 07:00 PM
classnye name2 org indonesia syintia bella safirah alexander friska tp muka kampong..
Quote CiliPadiSedap 10-7-2023 08:08 PM
kelapaparut replied at 10-7-2023 07:00 PM
classnye name2 org indonesia syintia bella safirah alexander friska tp muka kampong..

pernah tengok red indian pakai cawat tak? lg kampung dari tu

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.245155 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top