Pihak berkuasa menahan pempengaruh media sosial di Indonesia, Lina Mukherjee susulan video kontroversi makan keropok babi dengan membaca bismillah. Ketua Penyiasat, Pejabat Pendakwa Raya Sumatera Selatan, Fandi Hasibuan mengesahkan penahanan wanita itu di Pusat Tahanan Wanita di Palembang, bermula hari ini hingga 29 Julai depan.
“Kes Lina juga akan dipindahkan ke Mahkamah Negeri Palembang dalam masa terdekat. “Lina juga tidak memohon sebarang penangguhan kerana surat waran sudah dikeluarkan oleh Penjara Wanita Palembang, hari ini,” katanya lapor Suara.com. Pada 15 Mei lalu, Ustaz M Syarif Hidayat membuat laporan polis di Pejabat Polis Wilayah Sumatra Selatan selepas mendakwa Lina mempersendakan agama dengan membuat ‘konten’ makan keropok babi yang diawali dengan Bismillah. Sebelum ini, menerusi video yang tular, Lina juga mengaku sudah tiga kali makan makanan yang haram bagi umat Islam, dengan kali pertama di Sri Lanka.
Jelasnya, ketika berada di negara itu, dia kononnya tidak tahu bahasa Inggeris ‘pork’ itu adalah khinzir. Sumber: Utusan
|
dua_chzy replied at 11-7-2023 11:24 AM
Ha kau. Sapa bilang umat Islam Ndon semua tak kesah halal haram tak kesah.
TomyamPuteh replied at 11-7-2023 01:05 PM
Ada satu video muncul dlm FB aku. Dia makan2 seafood dgn kawan2 dia. Dia membebel byk lalat. Sekali ...
Decaffeinated replied at 11-7-2023 06:33 AM
Ini berlaku di Palembang area melayu. Indon ni sebesar yurop kot, kalau flores tu mungkin lain.
...
dua_chzy replied at 11-7-2023 02:36 PM
Aku banyak baca komen2 nitizens Ndon pelbagai kaum di tenet. Dari komen2 mereka aku yakin masih ra ...
ADVERTISEMENT